[VIDEO] “Baju Main Peranan Betul!” – Peminat Masih Tak Boleh ‘Move On’ Dengan Gelek Hetty Sarlene

Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-5. Hetty Sarlene sebelum ini terkenal dengan genre lagu Balada, namun pesembahnnya telah menarik perhatian ramai dan mendapat sorakan yang kuat dari penonton di Dewan MBSA, semalam.

Menyanyikan lagu Ah! Rindu Lagi nyanyian Amelina, persembahan penyanyi kelahiran Singapura itu medapat pujian hebat dari juri yang berjaya mencuri perhatian penonton dengan keunikan suara dan tarian geleknya itu.

“Sebenarnya mood tu tak keluar lagi, masa hujung persembahan tu, saya all out sehabis mungkin dan rasa bagaikan ratu dangdut pula,” katanya kepada MH selepas selesai konsert yang berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam.

Tambah Hetty, dia tidak mempunyai perkara asas mengenai dunia dangdut ini, namun Hetty telah menjalani latihan tarian dan teknik menggunakan suara dangdut sebelum beraksi di atas pentas.

“Bukan senang  nak menyanyi dangdut  sambil menari,mana taknya dengan nak  ambil nafas lagi, yelah kita kan bukan dalam genre dangdut ni, tapi tu lah, dlm GV saya dapat tonjolkan kelainan genre diri saya yang sebenar,” jelasnya lagi.

Tambah plantun lagu Rindu Aku Rindu itu, dia bagaikan ‘tidak sedar’ tarian geleknya ketika di atas pentas itu itu kerana baginya dia melakukan persembahan ‘all out’ seperti ratu dangdut.

“Saya rasa macam ratu dangdut dan tak fikir apa dah, asalkan saya performe sebaik mungkin naynyi lagu Amelina ni. And now, Hetty rasa mcm mana rasanya nyanyi lagu dangut ni sambil gelek semua tu,” terangnya. 

Konsert yang berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam itu bersiaran langsung di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

Hetty Sarlene – Ah! Rindu Lagi ( Konsert Gegar Vaganza 5 Minggu 2 )

VIDEO :

Tak Boleh Move On Dengan Gelek Hetty Sarlene

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Youtube Hits Gempak! via SoyaLemon


Apa Kata Anda?