“How Sweet! Romantik Rupanya” – Peminat Puji Fad Bocey Kerana Buat Dedikasi Khas Buat Isteri

Pelawak dan penyampai radio ERA, Fad Bocey membuat dedikasi khas untuk isterinya, Nur Syahira A.Rahman atau Sya sempena hari lahir Sya yang ke-24 baru-baru ini.

Fad memuat naik video bersama kapsyen khas yang ditujukan kepada Sya menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Fad dan Sya telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata Adrazin Hayyan, Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.

“Assalamualaikum, yeayy hari ni 21/10/2018 bertambah lagi usia mommy, daddy doakan mommy sentiasa dirahmati, dilindungi dan diberkati Allah SWT.

“Terima kasih kerana sentiasa berdiri teguh di belakang saya dari kita kenal sampai kahwin dan sampai la ada anak 3 ni.

“Daddy doakan mummy diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat, tak nak cakap panjang-panjang takut nanti nangis.

“I love you so much, happy birthday my love (video ni gambar kita baru kenal dulu sampai la kahwin lepastu ada kembar lepastu ada aminah lepastu agak-agak ada lagi ke? Hahaha sekejap masa berlalu,” tulis Fad.

Fad telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada isterinya sebagai hadiah.

VIDEO : 

Rata-rata peminat Fad memuji tindakan pelawak itu yang dianggap sebagai sesuatu yang ‘sweet’.

Pengikut laman Instagram Fad juga mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Gempak


Apa Kata Anda?