
Pelawak dan pengacara Jihan Muse telah mengundang perhatian ramai orang apabila mengenakan hijab.
Jihan berkongsi dan memuat naik sekeping foto dirinya bertudung ketika bercuti di Jepun menerusi laman Instagram (IG) miliknya hari ini.
Rata-rata peminat mendoakan yang baik-baik, malah ada yang berharap moga Jihan terus beristiqamah dalam menutup aurat.
Walau bagaimanapun, sehingga kini Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan belum memberi sebarang kenyataan mengenai penampilan tersebut.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady
Sumber: astrogempak via menujukebenaran
Apa Kata Anda?