“Saya Tidur Di Sofa Bed Setiap Malam Kalaulah Tiba-Tiba…” – Sweetnya Pengorbanan Catriona Ross Untuk Suami

Pelakon Catriona Ross mendapat pujian netizen apabila sanggup bersusah-payah menjaga kebajikan suaminya yang dimasukkan ke hospital dua minggu lalu.

Menerusi Instagramnya, Catriona, 38, menceritakan semula pengalaman menjaga suaminya sepanjang ditahan untuk pemantauan kesihatan akibat demam.

“Sudah dua minggu suami saya dibenarkan pulang dan sihat Alhamdulillah. Kembali bekerja dan menjalani rutin hariannya seperti biasa.

“Saya tidur di sofa bed setiap malam kalaula tiba-tiba dia memerlukan bantuan atau apa-apa dan semestinya jika sakit, kita mahukan orang teman kita kan…

“Ketika dimasukkan ke wad, memang rasa bimbang tetapi jujurnya ia merapatkan hubungan kami dan kami berpeluang untuk berbicara tentang banyak dan macam-macam perkara,” tulisnya di Instagram.

Catriona turut berkongsi beberapa keping foto sepanjang suaminya, Shaharuddin Mokhtaruddin ditahan di pusat perubatan ibukota itu.

  

Malah, perkongsian itu mendapat pujian dan kata-kata semangat daripada peminatnya selain mendoakan kesejahteraan pasangan berkenaan.

Sebelum ini, pelakon ini diduga apabila disahkan anak pengidap Autisme.

Tidak pernah merungut, Catriona Ross tak malu ada anak autisme

Bukan mudah untuk menjaga dan membesarkan anak autisme. Mereka perlukan lebih perhatian, berbeza dengan kanak-kanak lain. Apatah lagi sekiranya ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan tugas masing-masing.

Itulah pengalaman dilalui oleh pelakon jelita Catriona Ross apabila salah seorang anaknya, Jammal Raess Ross-Iddin disahkan mempunyai autisme.

 

Membesarkan anak berusia enam tahun dengan penuh cabaran, pelakon yang dikenali menerusi drama Sephia itu sentiasa gigih dan tabah tanpa merungut mengenai anaknya. Lebih-lebih lagi sekiranya berlaku kejadian cemas di khalayak ramai.

“Jika berlaku meltdown memang kelam-kabut sikit tetapi jarang-jarang berlaku. Namun jika berlaku di khalayak ramai, selalunya saya cepat-cepat minta maaf dan berterus-terang, anak saya autisme.

“Biasanya mereka angguk tanda faham dan memberi isyarat dengan tangan bererti tak apa. So far people around me has been kind dengan body language yang begitu. Saya bersyukur sangat.

“Sebagai selebriti, saya perlu jujur mengenai perkara ini dan berharap agar masyarakat sama-sama faham dan timbul rasa tanggungjawab tentang sindrom,” katanya menerusi  satu temubual.

Wanita berusia 37 tahun itu juga berharap agar ibu bapa lain tidak perlu segan untuk berkongsi kepada umum sekiranya mempunyai anak istimewa kerana malu dengan tanggapan masyarakat sekeliling.

Walau bagaimanapun, pemilik nama penuh Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross ini bersikap positif bagi menjalani kehidupan dengan keluarganya.

“Saya akan pastikan Raess boleh berdikari dan menguruskan dirinya sendiri. Itu objektif saya buat masa ini. Supaya dia dapat berdiri atas kaki sendiri.

“Anak-anak autisme ini kebiasaannya delay 3 tahun ke belakang berbanding anak tipikal.

“Saya akan study minat dia dan akan hantar ke sekolah vokasional atau ke pusat latihan buat anak-anak  istimewa. Tapi buat masa sekarang saya akan fokus kepada toilet training dan perkara asas dahulu,” tambahnya.

Catriona mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pengarah, Shaharuddin Mokhtaruddin pada Jun 2009 dan dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Sephia Rania dan Edruce Riyadh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : MediaOhsem via SoyaLemon


Apa Kata Anda?