Pereka fesyen terkenal Rizman pilih ahli perniagaan sebagai bakal isteri

 

Rizman dan bakal isterinya, Nurida Suraya bakal bernikah tidak lama lagi. – Gambar Instagram RIZMAN NORDIN

PEREKA fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin, 35, bakal menamatkan zaman bujangnya selepas mengikat tali pertunangan dengan Nurida Suraya, 30, pada Khamis.

Rizman yang juga pereka kegemaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memilih Nurida sebagai bakal isterinya selepas mengenali hati budi masing-masing lebih setahun lalu.

“Alhamdulillah, sudah sampai masanya untuk saya menamatkan zaman bujang. Perasaan gembira sukar digambarkan kerana segalanya berubah apabila kita bertemu dengan orang yang tepat dalam hidup kita.

“Doakan semoga segala urusan berjalan dengan baik. Insya-Allah dalam masa terdekat akan berlangsung (majlis pernikahan),” kata Rizman ketika dihubungi Astro AWANI.

Rizman sebelum itu memuat naik fotonya bersama seorang wanita yang mana kedua-duanya mengenakan pakaian sedondon bewarna biru di laman Instagram peribadinya @rizman.n.

Sekalipun tiada sebarang kapsyen mengenai majlis pertunangannya dengan ahli perniagaan itu yang dikongsi, namun foto berkenaan menarik perhatian ramai pengikutnya termasuk selebriti tanah air seperti Erra Fazira, Anuar Zain dan Jaclyn Victor.

Kesemua mereka mengucapkan tahniah kepada pereka fesyen ternama kelahiran Pulau Pinang itu.

Pengikut-pengikut Rizman turut menitipkan ucapan yang sama selain mendoakan urusan masa depan pasangan berkenaan dipermudahkan.

Rizman dan rakan perniagaannya, Ruzaini merupakan antara pereka fesyen yang sangat disenangi ramai.

Kedua-dua mereka sering menghasikan rekaan yang eksklusif dan elegan sehingga sentiasa menjadi pilihan artis-artis popular serta isteri-isteri tokoh kenamaan.

Sumber: astroawani / menujukebenaran.com

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*