[VIDEO] Seekor Anjing Yang Bijak Meleraikan Pergaduhan Antara Ayam Apabila Disuruh Tuannya

Menjadi seorang peladang bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka bukan sahaja mengalami masalah sakit belakang dan keletihan sahaja bahkan turut terpaksa melayan karenah haiwan ternakan mereka sendiri – anak lembu yang perlu disusukan, bulu kambing biri-biri yang perlu dipotong, kerbau yang perlu diberi makan, telur ayam yang perlu dikutip dan sebagainya! Kadang kala, sedikit pertolongan adalah sangat bermakna pada saat-saat yang memerlukan.

Inilah kisahnya, di mana terdapat dua ekor ayam sedang beradu kekuatan masing-masing. Hal ini memaksa seorang peladang memanggil anjing peliharaanya yang berbaka pit bull terrier Amerika bernama Rocky untuk meleraikan dua ekor ayam berkenaan. Rakaman insiden tersebut menjadi tular di laman media sosial. Lelaki yang buntu itu bertindak bijak dengan memanggil Rocky untuk menyelamatkan keadaan. Nasib baik!  

Dengan pantas Rocky si penyelamat keadaan datang

Rocky nampaknya tahu apa yang perlu dilakukannya. Dengan tubuhnya yang besar, ia menghampiri dua ekor ayam berkenaan sehinggalah mereka terpisah antara satu sama lain dek kerana fizikal Rocky yang besar berkenaan. Ia sememangnya sangat lembut dengan ayam-ayam tersebut walhal ia sebenarnya sangat kuat untuk mengalahkan kedua-dua ekor ayam berkenaan, jika ia mahu.  

Tetapi nampaknya Rocky tidak mahu melakukan perkara sebegitu kerana ia perlu menjalankan misi-misi keamanan!

Rocky sememangnya seekor anjing yang baik. Gayanya yang bergaya dan cekap membuatkan kedua-dua ekor ayam yang bergaduh itu terhenti. Sudah tentu setiap peladang mengimpikan penolong sebegini hebat, bukan? Jom saksikan rakaman Rocky yang menunjukkan kemahirannya.

VIDEO:

‘It’s the last time I will tolerate this behaviour from you two, got it?’ 😂

‘It’s the last time I will tolerate this behaviour from you two, got it?’ 😂

Posted by Daily Mail on Thursday, October 11, 2018

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: Daily Mail/Facebook, Inspiremore via @EraBaru

 


Apa Kata Anda?