“Semoga Tempat Tertinggi Milikmu Di Syurga Nanti Suamiku…” – Perkongsian Abby Abadi Buat Ramai Tersentuh

Sebelum ini Abby pernah berkongsi video anak sulungnya Danish Hakim sedang memandikan ayah Abby bersama-sama suaminya.

Sikap Danish yang ringan tulang mendapat pujian daripada netizen di ruangan komen. Bukan mudah untuk anak muda sepertinya melakukan kerja sedemikian. 

Kepada yang masih belum tonton video tersebut, di bawah kami kongsikan sekali lagi untuk anda.

” Rutin. Semalam sebelum balik asrama, @danishhakimmmmm_ sibuk tanya gi umah opah tak. Kita tanya kenapa? Nak tlg mandikan Atuk.. “

” So sblm hantar dia balik smlm gilah rumah Mak, mandikan Ayah. Kita tak tlg lah sbb suami beregu dah dgn Danish. Kita tlg menyibuk2 ambil gmbr je.. “

” Dah pandai dah dia shampoo kepala, sabun badan, kaki atuk semua.. syukur! Enjoy bang ye. Nanti balik, buat lagi hehe.. “

” Ps : Suami @jaiezzany TQ selalu ada & selalu rajin.. “

Nak tlg mandikan Atuk.

Semalam sebelum balik asrama, @danishhakimmmmm_ sibuk tanya gi umah opah tak. Kita tanya kenapa? Nak tlg mandikan Atuk. So sblm hantar dia balik smlm gilah rumah Mak, mandikan Ayah. Kita tak tlg lah sbb suami beregu dah dgn Danish. Kita tlg menyibuk2 ambil gmbr je

Posted by Negaraku Viral on Friday, November 16, 2018

Yang terbaru, Abby memuatnaik gambar sedang memandikan ayahnya. Menurut Abby, sebelum ini suaminya Muhammad Faizal yang memandikan ayahnya setiap hari.

Abby meluahkan rasa syukur kerana mendapat suami yang baik hati, rajin, dan tidak berkira dalam menjaga dan bertolak ansur membahagiakan orang tuanya.

Abby turut mendoakan syurga yang tertinggi buat suami yang dikasihinya itu. Perkongsian ini membuatkan netizen rasa sebak dan terharu. Mereka mendoakan kebahagian rumanhtangga Abby sampai ke jannah.

Tetapi ayat yang akhir itu buat ramai yang terhibur. Sempat lagi pesan ajak pergi shopping esok.  Alahai sweet je Abby dan suami.

Perkongsian Abby;

Jumaat yg berkah, SyukUr ALLAH pilih dpt bantu suami @jaiezzany hari ni mandi Ayah Sy. Ayah Sy tp suami yg tiap2 hari mandikan, Sy sheshekali jew 🙊

Sebab apa mcm tu, sebab suami pagi2 kalau nak cepat, dia naik motor hantar Baby besar pergi sekolah, lepas pada hantar Baby besar gi sekolah terus gi umah Mak Ayah kita hantar sarapan + mandikan Ayah. Bila naik kereta, baru semua ikut. Selalu kalau ada kerja, Suami kata takyah ikutlah sbb dia nk kejar masa (gi pasang cctv dsb)

Bila sesekali je dpt mandikan Ayah, rasa Sy ni huhu… Syukur suami baik budi. Tak berkira pun bab2 mcm ni. Harap suami2 Sahabat Sy disini pun rajin juga bantu isteri2nya jaga Mak Ayah kalau dah tak berdaya ye 😍

Ps: Semoga tempat tertinggi milikmu di syurga nanti suamiku ye. Pastu dpt masuk syurga sebutlah namaku sama hihi.. 😇 esok shopping ye suami haha 😜😝

Komen netizen;

Moga saya dapat ikuti akhlak akak…

Berbaktilah selagi hayatnya…

Alhamdulillah…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : IG @abby_abadi112 via RimbaBara


Apa Kata Anda?