‘Perlu Diberi Ruang Menjadi Matang, Belajar Dari Kesilapan..’ – Neelofa Pertahan Adik

Turut terkena tempias kemasyhuran kakak, nama Ameera Khan atau Little Miss Khan turut menjadi sebutan dalam kalangan pengguna media sosial. Walaupun tidak mempunyai produk seni, namun adik kepada Neelofa ini turut mempunyai pengaruhnya tersendiri dengan ratusan ribu pengikut di Instagram.

Beberapa kali berpalit kontroversi, Neelofa akhirnya membuka mulut mengenai apa yang terjadi kepada adiknya itu.

Mohon adik diberi ruang

Neelofa dalam satu kenyataannya kepada Media Hiburan memohon supaya netizen tidak berterusan mengecam adiknya itu dan memberi peluang kepada Ameera untuk matang selain belajar mengenai kesilapan sendiri.

Tambahnya, adiknya itu bukanlah selebriti atau artis dan hanyalah anak yang sedang meningkat remaja.

Sebenarnya tidak adil kerana mereka bukan secara langsung terlibat dalam industri seni. Mereka bukan selebriti terutamanya adik perempuan bongsu saya. Lagipun dia cuma berusia 16 tahun, akan menginjak 17 tahun pada tahun ini.

Kadang-kala perlu diberi ruang untuknya menjadi lebih matang dalam proses menjadi dewasa, seterusnya belajar dari kesilapan. Bukan menghukum dan kritiknya terus-menerus.

Kagum dengan Ameera

Ujar bekas Dewi Remaja ini lagi, ketabahan Ameera menghadapi kecaman dan kritikan membuatnya kagum dengan ketabahan adiknya itu.

Dia lebih kuat daripada saya sebenarnya sebab saya sendiri tak rasa boleh jadi sekuat dia ketika di usianya. Banyak yang dia ambil dan contohi daripada saya dan harap saya boleh sentiasa menjadi kakak yang boleh memberikan inspirasi kepadanya untuk buat perkara lebih baik dalam hidup.

Mengakui turut menangis ketika dilanda isu kontoversi lalu, pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini mengatakan dia mengumpul kekuatan dengan menyedari tanggungjawab sendiri dan melihat isu dalam aspek yang luas.

Kalaulah saya cepat putus semangat, sudah tentulah saya sudah abaikan tanggungjawab. Namun saya juga perlu fikir dari banyak sudut. Kekuatan saya juga datang dari sudut yang berbeza.

Sumber: Media Hiburan

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?