Pernah Doa Dapat Anak Terus Besar, Lihat Komen Engku Emran Kepada Isterinya Ini. Comelnya!

Netizen sudah pasti sedia maklum mengenai betapa ‘sweet’nya layanan aktres Indonesia Laudya Cynthia Bella terhadap anak tirinya, Engku Aleesya Engku Emran. Walaupun bukan darah daging sendiri, Laudya melayan Aleesya tak ubah macam anak kandung. Sangat penyayang dan motherly.

Ada kisah rupanya di sebalik kehadiran Aleesya dalam hidup Laudya sendiri. Tak sangka rupanya dulu-dulu Laudya pernah berbuat sesuatu sehinggalah..

Pernah berdoa ada anak perempuan terus besar

Aktres Syurga Yang Tak Dirindukan ini mendedahkan dia pernah berdoa supaya dikurniakan anak perempuan yang sudah besar seperti watak Nadia dalam salah satu filem lakonannya. Menurutnya lagi, anak itu nanti boleh disolek dan dihias sekaligus boleh mendoakan kesejahteraannya.

Dia memanjatkan kesyukuran apabila doa tersebut dimakbulkan setelah berkahwin dengan Engku Emran dan dikurniakan Aleesya. Pos berkenaan turut disertai dengan hashtag #mydreamcometrue (impian jadi nyata) dan #feelblessed (rasa dirahmati).

Lihat komen lucu Engku Emran

Tidak hanya sweet dan romantik, Engku Emran rupanya kelakar orangnya. Dia meninggalkan komen lucu bertanyakan jikalau Laudya pernah berdoa mendapatkan suami muda sepertinya.

Engku Emran ketika ini berusia 43 tahun manakala Laudya menginjak 30 tahun. Mereka diijabkabulkan dengan jarak usia 13 tahun pada 8 September tahun lalu di Kuala Lumpur.

Sumber: Laudya Cynthia Bella

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?