
Selepas tidak lagi berkhidmat di mana-mana stesen radio, Faizal Ismail telah mengendalikan sebuah program baru dimana menampilkan Faizal sendiri bersama sahabat baiknya, Fara Fauzana menerusi FBI Live.
Namun begitu ‘pembubaran’ FBI Live tersebut bukanlah bermaksud selamanya. Ini kerana FBI Live diganti dengan sebuah program baru yang dikenali sebagai Dbilique.
Bukan sahaja menampilkan Faizal dan Fara, program terbaru ini akan turut dihiasi dengan 3 pengacara baru iaitu personaliti media sosial, Faiz Dickie, penulis dan penceramah Ustaz Aiz serta Faiz Haiqal, bakat baru yang dicungkil oleh Fara dan Faizal.
Terbaru menerusi program #dbiliquekeluarbilik Tour, Fara Fauzana dan juga adik kepada penyanyi nombor satu tanah air Siti Nurhaliza, iaitu Siti Sairah Tarudin membuat persembahan di Muar semalam. Lagu khas ditujukan buat Tok Ti itu didendangkan bersama-sama Faizal Ismail buat pengunjung yang hadir ke sana.
K H A S 4 @ctdk????????
Bila adik2 nyanyi ..
Sorang profesional
Sorang pro .. prosak! ????????
Kakiti!!! @faizalfbi76 ckp suara Fara mcm DK!!!! Tak caya tgk video last ???????????????? marah diaa hahaha ke memang betul? Hahah
TQ @sitisairahtarudin
TQ @akustikariaofficial
Korang berdua hebat sbb happykan orang MUO.. tqqqq againn ❤
Nota: lps Muar smlm maka hari ni kita cuba mendungkan Pantai Klebang pulak ptg ni hahahah see u at 5pm. Tlg tag kawan2 di Melaka jap
VIDEO :
Teks oleh : Staf Soya Lemon
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady
Sumber : Instagram Fara Fauzana via SoyaLemon.NET