[VIDEO] Persembahan Mantap Oleh Sarah Suhairi Di Pentas Akhir BigStage Pukau Peminat

Selepas lapan minggu berjuang di pentas Big Stage, Sarah Suhairi diumumkan juara musim pertama program realiti yang mengangkat pelapis seni dikenali sebagai ‘budak baru nak up’ (BBNU), sebentar tadi.Sarah membawakan lagu Awan Yang Terpilu di segmen cover serta lagu single baharu berjudul Nyawa dan Raga.

Pentas akhir yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, menyaksikan Sarah membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000.Mempersembahkan dua lagu termasuk single baharu, Nyawa dan Raga, aksi penyanyi berusia 18 tahun itu mendapat komen positif juri.

Sarah memperolehi markah 66.05 peratus.Tempat kedua dimenangi Shafiq Farhain yang mendendangkan lagu Antara Hujan dan Airmata serta Aku Jatuh Cinta.Shafiq membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.Menyampaikan dua lagu berjudul Darjat dan Footlose, Afieq Syazwan menduduki tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM25,000.

Tempat keempat dan kelima dimenangi Waniey Kayrie dan Baby Shima. Waniey menerima hadiah wang tunai RM10,000 manakala Baby Shima RM5,000. Konsert akhir Big Stage yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad menampilkan Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Mas Idayu dan Mark Adam sebagai juri dengan markah 70 peratus.
Selama lapan minggu, peserta yang berada pada kedudukan tiga terbawah berpeluang menarik undian penonton menerusi aplikasi Tik Tok.

Namun, pada pentas akhir, program itu diadili penonton yang memberi 30 peratus markah. Penutup konsert akhir Big Stage mempersembahkan aksi bertenaga Siti yang berduet bersama Alif dengan lagu Kisah Ku Inginkan. Faizal pula menghangatkan pentas dengan single baharunya, Ragaman.

VIDEO : 

VIDEO :

VIDEO :

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: BH via LubukMaklumat


Apa Kata Anda?