‘Persepsi Berubah Bila Lihat Apa Di Jari Neelofa- Respon Netizen Lihat Lofa Pakai Tasbih Digital

Kalau sebut je nama Neelofa sekarang, mesti akan ada yang tarik muka setelah usahawan dan pelakon tersebut dilanda kontroversi baru-baru ini.

Lepas satu-satu kontroversi yang melanda Neelofa tapi apa yang buat MH ‘respect’ dia adalah kekuatan dan sikap profesionalnya dalam menghadapi segala kontroversi.

Namun begitu, baru-baru ini MH tertarik dengan perkongsian netizen di laman Twitter mengenai Lofa apabila dia dilihat memakai sebentuk ‘cincin’ tasbih digital.

“Persepsi saya terhadapnya berubah bila melihatkan apa yang ada di jarinya.“Ya, apa kita tahu mengenai amalan seseorang?” tulis individu tersebut.

 

Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian netizen lain.

Ada yang tidak mengetahui apa kegunaan cincin tersebut namun kemudiaanya mendapat penerangan daripada netizen lain.

“Itu tasbih digital bro & sis,” tulis seorang individu.“Ia juga boleh digunakan untuk kira tawaf tapi nama yang diberikan adalah tasbih digital,” tulis individu lain pula.

 

Dalam pada itu, ada yang cuba menjadi makcik bawang dengan mengatakan dia riak kerana sengaja dilihat memakai cincin tersebut, namun tohmahan tersebut ditepis netizen lain.

“Biarlah dia, itu bukan riak.Memang orang pakai benda tu kat jari.“Eh, sengal! Stop bashing people dan bawa pengaruh buruk supaya orang akan pandang serong kat orang lain.“Hentikan. Itu hak dia dan tak jadi masalah kalau dia nak bergambar dengan benda tu di jari dia,”tulis individu tersebut.

Kadang-kadang MH kagum dengan netizen. Mata dia orang ni nampak je ‘sesuatu’.

Sumber: Twitter

 

Sumber: Media Hiburan


Apa Kata Anda?