[VIDEO] Rahmad Mega Buat Kejutan

(Skroll ke bawah untuk tonton video penuh)

PENYANYI rock terkenal era 90-an, Rahmad Tohak atau Rahmad Mega membuat kejutan untuk anaknya apabila tampil menyanyi di pentas sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan, hari ini.

Rahmad tampil pada hari kedua konvokesyen yang turut menyaksikan anak sulungnya, Suhazmi Amrin, 23, menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)

Kehadiran Rahmad menyanyikan lagu Bayangan Gurauan di pentas itu turut mengejutkan orang ramai kerana lazimnya, persembahan hanya dibuat oleh penghibur yang dipilih pengurusan universiti.

Suhazmi Amrin yang terharu dengan persembahan itu, kemudian naik ke pentas dan memeluk ayahnya.

Ditemui selepas itu, Suhazmi Amrin berkata, dia terkejut melihat kehadiran ayahnya menyanyikan lagu pada hari bersejarah itu dan menghadiahkan kejayaan membawa pulang ijazah kepada keluarga yang banyak membantu.

Dia yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana bidang sains berkata, turut meminati bidang nyanyian namun, dilakukan sekadar hobi.

“Saya bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera atau seorang pensyarah suatu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, Rahmad berkata, dia bersyukur dengan pencapaian Suhazmi Amrin dan sentiasa memberi galakan supaya terus melanjutkan pengajian dalam apa jua bidang yang digemari termasuk kejuruteraan.

“Saya sentiasa menyokong minat anak-anak dan lebih cenderung dalam bidang akademik, malah saya dan isteri sentiasa mendoakan impian mereka tercapai,” katanya.

Suhazri Amrin Rahmad sama sekali tidak menyangka akan menerima kejutan berupa persembahan nyanyian daripada bapanya yang juga merupakan penyanyi rock popular era 90-an, Rahmad Tohak atau lebih sinonim sebagai Rahmad Mega di pentas konvokesyennya.

Suhazri yang merupakan anak sulung kepada penyanyi itu berkata, kejayaan pada hari ini ingin dihadiahkan kepada ibu bapanya yang telah banyak memberi dorongan selama ini.

Bersama keluarga sempena konvokesyen UMP. (FOTO UMP)

Suhazri turut berkongsi rahsia kejayaannya agar tidak malu untuk bertanya dan sentiasa berusaha keras untuk berjaya.

Bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera atau pensyarah suatu hari nanti, Suhazri yang kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Sains di UMP turut menjadikan bidang nyanyian sebagai hobi.

Manakala Rahmad berkata, dia amat bersyukur dengan pencapaian anaknya dalam bidang akademik dan sentiasa memberi galakan untuknya terus melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

“Saya sentiasa menyokong minat anak-anak yang lebih cenderung dalam bidang akademik dan saya sentiasa mendoakan agar impian mereka tercapai, “ katanya.

Bergambar kenangan dengan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Sri Dr Daing Nasir Ibrahim (dua, kiri) dan isteri, Datin Sri Fazia Ali. (FOTO UMP)

Suhazri yang nyata terharu dengan persembahan lagu popular, Bayangan Gurauan daripada Rahmad itu telah naik ke pentas dan memeluk ayahnya.

“Saya tak sangka ayah menyanyi dalam majlis Konvokesyen hari ini,” kata Suhazri.

Ternyata, hadirin yang melihat detik itu turut tersentuh seraya memberikan tepukan kepada mereka.

 

VIDEO PENUH :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Metro


Apa Kata Anda?