Antara Rakan Artis Yang Memeriahkan Sambutan Hari Lahir Siti Nurhaliza Ke-40

Penghibur, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah pun menyambut ulang tahu kelahirannya yang ke-40, Jumaat lalu.

Sambutan berlangsung dengan cukup meriah di PWTC, Kuala Lumpur dengan kehadiran ahli keluarga, rakan selebriti dan media.

“Apabila Siti sampai, memang terkejut melihat kemeriahannya dan rasa sangat terharu atas usahanya itu,” ujar Siti yang kelihatan anggun dalam persalinan keemasan yang juga tema majlis.

Antara selebriti yang hadir memeriahkan acara ialah Fasha Sandha dan tunangnya, pelakon Aidil Aziz, Faizal Tahir, Nelydia Senrose, Jaclyn Victor, Hael Husaini, Farah Nabilah, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Khai Bahar, Syafiq Farhain, Sissy Iman, Fara Hezel, Elvira Arul dan ramai lagi.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#sitigolden40th with encik tunang dan anak daraku. Thank you for having us Thank you shidee for the pic . . @ctdk @rozisangdewi @aliaramly @sitisairahtarudin ♥️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Ulangtahun Mak Iti, semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan hingga ke syurga. ♥️ thanks for the photo @kaki5photo

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

Lalu, para selebriti jemputan juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama merakam foto bersama penyanyi Anta Permana itu, termasuk pelakon dan pengacara, Datin Fouziah Gous yang telah menulis yang mencuri tumpuan.

 

Masakan tidak, rekaan dan fabrik persalinan yang digayakan mereka hampir sama.

“Tanpa sengaja, terpakai baju lebih kurang sama dengan birthday girl. Not my plan or design but specially designed by Syafieq Ayman.

“Apapun, kebetulan yang berlaku ini adalah satu hadiah buat saya untuk simpan gambar idola saya dalam personal album. Definately im gonna print this,” tulisnya.

Serentak dengan itu, ramai juga peminat yang memuji kecantikan dua bintang ini, sambil memberikan ucapan hari jadi buat Siti.

Foto: Instagram Fouziah Gous & Instagram Ctdk – Dato Siti Nurhaliza

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : MH via SweetNutella


Apa Kata Anda?