[VIDEO] “Tengok Banyak Kali Pun Tak Jemu..” – Reaksi Siti Aafiyah Apabila Ibu Balik Kerja Memang Comel Habis

Pada 13 Oktober 2017, selepas 11 tahun berkahwin, Datuk Siti mengumumkan yang beliau kini disahkan hamil empat bulan di dalam satu sidang media khas yang diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Ini merupakan kehamilan beliau buat kali kedua dan yang pertama selepas mengalami keguguran pada Disember 2015. Beliau turut umumkan akan berehat panjang daripada kerjayanya bagi menumpukan perhatian pada kehamilannya.

Pada 11 Januari 2018, Siti mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan. Perkara itu disahkan oleh beliau dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, menerusi satu entri di akaun Instagram.

Beliau selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulungnya pada jam 8.17 pagi, 19 Mac 2018 di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur dengan beratnya sebanyak 3.55 kg secara pembedahan. Menurut anak tirinya, Asyraf Khalid nama bayi itu akan bermula dengan “Siti” tetapi nama penuhnya masih belum diumumkan dan meletakkan nama timangan sementaranya sebagai Fatimah Az-Zahra yang diambil daripada nama puteri Rasulullah SAW.

 

 

 

Pada 25 Mac 2018, Siti dan Khalid telah menamakan bayi mereka sebagai Siti Aafiyah, bersempena dengan doa Nabi Muhammad.Pada 30 Mac, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid mengadakan majlis tahnik, cukur rambut dan aqiqah bayi mereka yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Terbaru, Dato Sri Siti Nurhaliza menerusi entri terbarunya memuatnaik video durasi pendek bersama Suami dan Siti Aafiyah. Rata rata netizen geram dengan kecomelan Siti Aafiyah.

Jom Lihat video dibawah :

Jom Lihat juga apa kata netizen dalam ruangan komen :

 

Alahai comelnya.

 

Siapa sangka, bangunan lama yang sebelum ini dilihat kurang menarik mampu bertukar kepada sebuah resort indah persis luar negara.

Dash Resort Langkawi yang terletak di Pantai Tengah itu dikatakan baru sahaja dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan antara tetamu istimewa yang telah berkunjung ke resort cantik itu adalah keluarga penyanyi nombor 1 Malaysia, Siti Nurhaliza Taruddin.

Perkongsian beberapa foto yang dimuat naik oleh Tokti ketika berkunjung ke Dash Resort Langkawi di Instagram dilihat telah menarik perhatian ramai.

Aafiyah ikut muka siapa, ayah ke ibu?

Sayang ibu ayah sampai syurga!

Ada ni haa, tengah mandi dengan ayah, PipiPao

Don’t mess with my ayah, okay?

Aafiyah tak sabar nak berjalan ni haa

Tun M pun ada!

Memang persis luar negara!

Lebih menarik lagi, Dash Resort Langkawi ini juga mempunyai rekaan seni bina dan hiasan dalaman yang berkonsepkan kolonial Perancis dan dongeng Alice in Wonderland. Sumber : IG CTDK, Siti Aafiyah

Kenali siti aafiyah

AMPANG: Akhirnya tanda tanya apakah nama Si Comel Pipi Merah permata hati Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terjawab apabila bayi itu diberi nama Siti Aafiyah Khalid.

Pengumuman itu dibuat Siti, 39, dalam satu majlis akikah dan tahnik yang diadakan di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, di sini malam Ahad.

Siti dalam ucapannya berkata, nama Siti Aafiyah diperolehnya bersama suami ketika mereka mengerjakan umrah di Makkah.

“Setelah saya hamil, kami dapat ilham di Tanah Suci Makkah apabila suami sering baca satu doa pendek yang ada perkataan Aafiyah.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengusap kepala Siti Aafiyah.

“Suami tanya nak tak nama Aafiyah yang membawa maksud segala yang baik,” jelas Siti.

Tambah Siti, semasa di Kuala Lumpur ketika dia sedang memikirkan nama anaknya, kebetulan dia sering menerima doa-doa yang ada menyebut Aafiyah.

Tambah Siti, dia bersyukur kerana Allah memakbulkan doanya untuk hamil selepas 11 tahun berumah tangga.

Selain itu, Siti mengucapkan syukur apabila proses kehamilan yang dilalui berjalan lancar biarpun terdapat sedikit komplikasi yang menyebabkan kehilangan banyak darah.

“Saya hilang banyak darah tapi saya kuatkan semangat dan hari ketiga saya sudah boleh berjalan. Hilang segala sakit bila nampak bayi.

“Saya rasa macam dalam mimpi tapi inilah impian saya. Saya bersyukur bayi dilahirkan sempurna.

“Debaran saya kini ialah dalam mendidik anak. Ini amanah dan dugaan pada kita. InsyaAllah saya ingatkan diri untuk beri yang terbaik,” ujarnya.

Dalam pada itu majlis tahnik dan akikah diadakan ia diketuai oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Penyanyi lagu Segala Perasaan ini turut memuat naik video dan foto wajah bayi sulungnya yang kini berusia tujuh hari di Instagram kira-kita pukul 7.30 petang Ahad.

Siti Nurhaliza melahirkan bayinya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

Sewaktu dilahirkan bayi itu diberikan nama sementara Fatimah Az-Zahra sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

“Aafiyah Jangan Goda Aunty Dengan Jelingan Macam Tu..” – Rata-Rata Netizen Geram Melihat Kecomelan Siti Aafiyah

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti TarudinSSAPDIMPJSMSAPPMPAAP lahir 11 Januari 1979 atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza, merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia.

Terbaru, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuat naik beberapa keping gambar anaknya Siti Aafiyah sedang bermain dengan ayahnya Datuk Seri Khalid.

Komen Netizen:

Aafiyah jgn goda aunty dgn jelingan mcm tu.aunty tak kuattt

Comel!!! Mcm muka ayah…

Siti Aafiyah Satukan Dato’ Siti Nurhaliza Dengan Bekas Isteri Dato’ K

Siti Aafiyah, begitulah nama yang diberikan kepada anak penyanyi terkenal tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza selepas penantian beliau hampir 11 tahun. Siti Aafiyah yang terkenal dengan gelaran ‘si comel pipi merah’ ini sekaligus memberikan nafas baru buat Dato’ Siti dan juga Dato Khalid. 

Sahabat selebriti dan saudara mara terdekat mengambil peluang untuk berkunjung dan menziarahi Dato’ Siti dan Siti Aafiyah termasuk bekas isteri Dato’ Sri Khalid sendiri iaitu, Tengku Zawyah Tengku Izham. Tengku Zawyah merupakan isteri pertama Dato’ K sebelum pasangan ini bercerai pada tahun 2004. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan 4 orang anak yang kesemua lelaki.

Tengku Zawyah dilihat sempat meluangkan masa bersama Dato’ Siti di kediaman beliau bersama ahli keluarga yang lain. Malahan, momen indah tersebut telah dikongsi sendiri oleh Dato’ Siti melalui akaun instagram beliau.

Dalam ruangan caption tersebut Dato’ Siti menyatakan beliau sangat berbesar hati menerima kunjungan bekas isteri Dato’ Khalid itu. Beliau juga mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa di berkati. 

Peminat Dato’ Siti juga turut gembira melihat keakraban pasangan ini.  Mereka berpendapat, hubungan tersebut kelihatan sangat  mesra dan kedua-duanya juga dilihat saling mendoakan yang terbaik antara satu sama lain.

Maka, jelaslah bahawa Siti Aafiyah sememangnya disayangi ramai dan menjadi penyambung hubungan silaturrahim antara keluarga. Semoga si comel pipi merah ini sentiasa  membesar dengan sihat dan gembira.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : RimbaBara


Apa Kata Anda?