Reaksi TokTi Bila Terima Birthday Suprise Buat Peminat Kagum

Siapa tak kenal penyanyi nombor satu Malaysia dan penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selain mempunyai suara yang merdu, Datuk Siti juga mempunyai auranya yang tersendiri.

Peminatnya bukan sahaja dari Malaysia, malah turut mempunyai penyokong yang ramai dari Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Mempunyai keperibadian yang baik dan sopan membuatkan Datuk Siti disenangi dan disayangi ramai.

Hari ini tanggal 11 Januari 2019, Datuk Siti menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40. Dilahirkan pada 11 Januari 1979, sambutan hari kelahiran Datuk Siti bertambah manis apabila anakanda tercinta, Siti Aafiyah turut bersama meraikan detik istimewanya.

Menerusi akaun Instagram, Pengurus Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak berkongsi rakaman video kejutan sambutan awal hari lahir Datuk Siti yang diraikan semasa latihan muzik sempena Siti Nurhaliza On Tour.

Datuk Siti yang ingin memulakan latihan nyanyian terkejut apabila pemuzik dan penyanyi latar serta semua yang berada di situ menyanyikan lagu Happy Birthday.

Apa yang menariknya, cara Datuk Siti memadamkan lilin yang dibawa kepadanya dengan menggunakan jari, tanpa meniup lilin pada kek itu, membuatkan ramai yang kagum. Video ini mendapat perhatian ramai yang memuji tindakan penyanyi kesayangan ramai ini.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Sambutan awal hari lahir @ctdk sewaktu hari ketiga latihan muzik #sitinurhalizaontour di @banglo9 pada 9 Januari 2019 yang lalu.. “

” Pihak @shirazprojects , para pemuzik, penyanyi latar, wakil penari dan kami di SNP meraikannya bersama-sama.. “

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sambutan awal hari lahir @ctdk sewaktu hari ketiga latihan muzik #sitinurhalizaontour di @banglo9 pada 9 Januari 2019 yang lalu. Pihak @shirazprojects , para pemuzik, penyanyi latar, wakil penari dan kami di SNP meraikannya bersama-sama. 🎂🎂🎂🎂🎂🍰🍰🍰🍰❤️❤️❤️

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Rata-rata peminat turut mengucapkan selamat hari lahir buat penyanyi kesayangan ramai ini. Ramai yang kagum cara Datuk Siti memadamkan lilin itu. Antara komen-komen peminat :

” Sapa ulang tgok video ni be like.. mcm comel je mak iti terkejut bila da surprise kek utk dia… trus cepat2 bkk earphone.. btw happy birthday mak iti.. “

” Tengok cara mak iti padamkan lilin kita dah bole nampak cara dia hormat org sekeliling for sure kek tu akan di kongsi jadi dia tak tiup dan padamkan guna jari ini contoh yang baik jom kita pakat Birthday this year padam lilin guna jari.. “

” Pasni blh standby kipas tgn tokti.. sbb byk jgk kek nak kene padam lilinnya nnti haha btw ilmu baru bg org mcm sy. Klu tak mesti tertnya kenapa.. “

” Bnyk kek lagi dato siti nk padam jgn sampai jari tu melec0r tauuu…. selamat hari lahir siti.. “

” Sblm tokti padam guna jari tu, hati ni dh berdebar2 risau tokti samaada dia tiup or x.. takut kena kecam, sekali pakai jari je wowww..!! Happy Birthday @ctdk.. “

” Happy birthday @ctdk ..terbaikla ct cuit2 aje api lilin tu.. Semuga panjang umur di murah kan rezeki bahagia dunia akhirat.. “

” Bagusnya ctdk dia padamkan guna jari. Alhamdulillah. Dato k proud ada isteri mcm tokti. Tgk lah semua contohilah beliau. Sedangkan ustz glamer semlm ada yg tiup lilin tapi tokTi tahu hukum Alhamdulillah contoh yg sgt baik.. “

Kami ucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke 40 buat Datuk Seri Siri Nurhaliza.

Sanah Helwah, Barakallah Fik. Semoga Allah memanjangkan umurmu, menarik pergi segala masalahmu, memudahkan segala urusanmu, melapangkan segala kekusutanmu, menerima segala amalanmu, merahmati semua pekerjaanmu dan melimpahkan maghfirahnya yang terluas buatmu. Amin..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Ig Rozisangdewi, ctdk via BK


Apa Kata Anda?