[VIDEO] Reaksi Wanita Ini Setelah Melihat Tarian ‘Jatuh Kepala’ Sungguh Lucu Dan Menjadikan Video Ini Tular!

Baru-baru ini, tular satu video menarik mempamerkan seorang lelaki sedang menari di jalanan sambil menunjukkan kemahiran tarian yang sangat memukau.

Dalam video tersebut, lelaki ini dikatakan rancak menari dan melakukan gerak badan yang mengagumkan. Namun menariknya, walaupun badannya bergerak lincah, bahagian kepala lelaki ini seolah-olah kaku dan tidak terkesan dengan pergerakan laju bahagian badannya.

Orang ramai turut terhibur menonton persembahan tarian lelaki ini. Salah seorang penontonnya adalah wanita yang menikmati persembahan berkenaan sambil memakan buah tembikai.

Pada awalnya, mata anda akan fokus kepada gerak tari lelaki itu. Tetapi apabila lelaki itu tiba-tiba ‘menjatuhkan’ kepalanya, wanita yang sedang menikmati tembikai manis itu terus terkejut sehingga mencampakkan tembikainya ke bawah.

Tontonlah dan anda pasti sukakannya!

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: GoodTimesFacebook via EraBaru


Apa Kata Anda?