[VIDEO]”Nasib Tak Cakap Bujibu Iskandar” – Reaksi Yusuf Iskandar Bila Dengar Bocey Parodi Paskal MLM 2018

Sebut saja nama Yusuf Iskandar pasti ramai yang mengenali nama si cilik comel ini. Yusuf merupakan cahaya mata sulung pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Gelaran ‘adik beradik’ diberikan kepada kucing atau ‘abang’ Yusuf iaitu Bujibu Champel.

Baru-baru ini, Maharaja Lawak Mega 2018 telah melabuhkan tirai dengan menobatkan Shiro sebagai juara pertandingan lawak 

Antara kumpulan yang berjaya ke final adalah Taman, Puteh, Zero, Shiro dan Bocey. Malam ini merupakan malam terakhir bagi rancangan Maharaja Lawak Mega 2018 dan kumpulan Shiro bergelar juara pada kali ini.

Manakala bagi kumpulan Bocey di tempat kedua dan Zero pula memenangi tempat ketiga, tempat keempat ialah kumpulan Puteh dan tempat kelima, kumpulan Taman.

Tahniah diucapkan buat kumpulan Shiro

Pengacara bagi rancangan terkenal ini ialah Datuk AC Mizal yang mana telah mengumumkan Kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol telah bergelar juara sekaligus membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM 500,000.

Apa yang mencuit hati, ialah apabila si comel Yusuf Iskandar  mendengar namanya disebut bila persembahan separuh akhir MLM 2018 oleh kumpulan Bocey. Menggunakan tema parodi, Bocey telah menjadikan filem Paskal sebagai parodi yang buat ramai gelak sakan.

Jom kita tengok apa reaksi Yusuf.

VIDEO :

VIDEO PENUH PERSEMBAHAN : 

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram turut memberikan komen yang mengatakan mereka terasa terhibur dengan gelagat Yusuf.

Nasib Tak Cakap Bujibu Iskandar…

Kenapa comel sangat…

Kat  mana nak beli kecomelan dia ni?…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Yusuf Iskandar / Youtube


Apa Kata Anda?