[FOTO&VIDEO] Resepsi Persandingan Fazley Yaakob Dan Isteri

Beberapa bulan yang lalu, penyanyi dan pakar motivasi terkenal, Dato’ Fazley Yaakob dan isteri telah menyatakan hasrat untuk bersanding semula bagi meraikan ahli keluarga, rakan taulan serta rakan media yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan mereka pada 13 tahun yang lalu.

Hari ini, 27 November 2018 menjadi satu tarikh yang amat bermakna buat pasangan itu apabila diberikan kesempatan untuk bersanding semula buat kali yang kedua.

Jom kita lihat beberapa foto dan video sekitar majlis persandingan pasangan sama cantik sama padan itu yang dikatakan berlangsung di salah sebuah dewan mewah yang terletak di Damansara Perdana.

Memang pasangan yang sepadan!

Persembahan kompang di majlis ini buat hadirin gembira.

Sampai keluar air mata kegembiraan.

Cantik betul pasangan pengantin ini.Tahniah diucapkan buat kedua mempelai!Menurut Juara Masterchef Selebriti Malaysia itu, majlis persandingan kedua tersebut juga diadakan bagi menunaikan janjinya kepada arwah ayahnya sebelum arwah meninggal dunia.Majlis persandingan mereka pada 13 tahun lalu dikatakan berlangsung dengan penuh linangan air mata dan terpalit dengan kontroversi gara-gara mendapat tentangan daripada ibu Datin Azrene, Datin Rosmah Mansor.Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fireadz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.Kenali Dato’ FazleyDato’ Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob atau Fazley (lahir 18 April 1978) sahaja, ialah seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia. Beliau memulakan karier sebagai penyanyi pada tahun 1995 ketika berusia 17 tahun. Setelah melanjutkan pelajaran di Victoria University of Wellington, New Zealand, Australia dan Universiti Utara Malaysia (UUM),beliau juga bergelar pakar motivasi dan Eksekutif Chef kepada SukaSucre Bistro dan Rayz Bistro (Singapura).Lagu beliau yang paling popular adalah lagu ciptaan komposer Ajai yang berjudul Asmara Ini pada tahun 2001. Beliau juga aktif sebagai pelakon, pengacara dan juga menjuarai MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012. Lalu, beliau berusaha untuk mendapatkan pelajaran dalam jurusan kulinari dan telahpun lulus sebagai graduan dari Le Cordon Bleu (Malaysia dan Paris). Kini beliau memiliki restoran bernama SukaSucre Bistro di Kuala Lumpur yang menyajikan makanan Asian-Fusion bertemakan “From Rembau to Paris”.Dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 18 April 1978, Fazley merupakan anak kepada pengendali Putrade Malaysia[perlu rujukan], Datuk Yaakob Mohammad dan Datin Umi Kalsom Abdol Latib dan dibesarkan oleh keluarganya di beberapa tempat seperti Jakarta, Los Angeles dan Kuala Lumpur. Beliau bersekolah di Jakarta International School, Indonesia (tadika), Vermont Avenue School, Los Angeles, Amerika Syarikat (sekolah rendah) sebelum pulang ke tanah air dan bersekolah di Sekolah Rendah (SK) Jalan Peel, Cheras, Kuala Lumpur dan St Johns Institution, Kuala Lumpur (sekolah menengah).Ketika di St. Johns beliau aktif dalam aktiviti kebudayaan dan nyanyian dan mendapat tawaran rakaman album oleh Musicland Entertainment pada usia 17 tahun. Setelah muncul dengan album pertama pada tahun 1995 yang tidak begitu mendapat sambutan, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Taylor’s Kuala Lumpur. Setelah itu BMG Music menawarkan kontrak rakaman untuk album kedua yang berjudul Impian Yang Nyata (1996). Namun promosi album ini tergendala kerana Fazley mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Victoria University of Wellington, New Zealand dan sarjana di Institute of Technology Australia (IOTA), Australia. Beliau pulang kembali ke tanahair pada tahun 2000.Album ketiganya yang berjudul Asmara Ini terbitan Warner Music pada tahun 2001 menjadi titik mula kemaraan beliau di persada seni apabila lagu hits Asmara Ini mendapat sambutan hangat di corong-corong radio. Album yang diterbitkan oleh komposer prolifik Ajai itu berjaya meletakkan Fazley sebaris dengan penyanyi-penyanyi popular lain. Pada tahun 2002, Fazley dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular. Beliau sekali lagi dicalonkan dalam kategori tersebut pada tahun 2004 apabila muncul dengan album Cerita Asmara. Seiring itu juga beliau terjun ke dunia lakonan menerusi filem Gerak Khas The Movie II (2002), Janji Diana (2003) dan watak utama dalam Gila Bola (2003).Beliau merupakan orang kuat dalam merealisasikan Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London pada tahun 2005 sebagai penerbit eksekutif. Pada tahun 2005 juga beliau muncul dengan album kelima berjudul Lain. Pada tahun 2006 beliau menjadi salah seorang tenaga pengajar di Akademi Fantasia Musim 4 dan selepas itu mula serius sebagai pakar motivasi apabila beliau memperoleh ijazah kedoktoran di Universiti Utara Malaysia (UUM).Pada tahun 2006, Fazley telah menikahi Azrene Soraya Abdul Aziz. Mereka dikurniakan 3 orang anak. Pada tahun 2012 beliau menjuarai program realiti masakan MasterChef Selebriti Malaysia. Kemenangan itu turut melayakkan Fazley untuk memenangi wang tunai sebanyak RM57,500 yang semuanya disalurkan ke Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya dalam program realiti TV berkenaan.Fazley dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : IG Dato’ Fazley, Datin Azrene via EdisiMedia

 


Apa Kata Anda?