[VIDEO] ‘Hei Berani Tanya Isteri Saya Macam Tu’ – Respon Fattah Bila Orang Tanya Fazura Dah Berapa Bulan

Mesti ramai suka melihat pasangan romantis, Fattah Amin dan Fazura yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan November tahun lalu.

Sejak mereka mendirikan rumah tangga nampaknya mereka sering berkongsi video kemesraan suami isteri yang sangat bersemut di media sosial sehingga ramai netizen yang turut teruja menontonnya.

Terdahulu ada spekulasi yang timbul mendakwa Fazura sedang hamil selepas tersebarnya satu video yang merakamkan Fazura menyebut perkataan mengidam namun itu semua tidak benar dan pelakon cantik ini berkata jika benar dia hamil, dia akan mengumumkan kepada semua tentang berita gembira itu.

Beberapa hari yang lalu, satu video yang merakamkan aksi respon Fattah apabila isterinya diajukan soalan sudah hamil berapa bulan.

Selepas diajukan soalan tersebut, Fazura mengadu kepada suaminya yang duduk bersebelahan dengan manja sekali.

“Bang tengok ni dorang tanya lagi,” ujar Fazura dengan penuh manja kepada suaminya.

Dengan nada bergurau Fattah memberi respon kepada si pengaju soalan,

“Hei berani tanya isteri saya macam tu,” kata Fattah sambil tersenyum.

Alahai manja betul Fazura dengan Fattah ni. Bersemut min tengok dorang.

Video :

Posted by Mia Kacang on Friday, October 26, 2018

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: MH via mediaohsem via Lubukmaklumat


Apa Kata Anda?