‘Rest In Peace’ Tony Wolf, Pencipta kartun Pingu meninggal dunia

Kepada mereka yang tidak pernah terlepas untuk menyaksikan kartun Pingu yang bersiaran di Tv3 dan Astro Ceria pastinya terhibur dengan sebuah keluarga penguin yang tinggal di Kutub Selatan. Kartun Pingu yang sarat dengan kisah kekeluargaan dan persahabatan tanpa menggunakan dialog, sebaliknya ia hanya menekankan body language dan bahasa penguin, Pinguish atau Penguinese amat terkesan dalam jiwa penonton.

Mungkin ramai yang tidak mengenali pencipta kartun tersebut iaitu Tony Wolf atau nama sebenarnya adalah Antonio Lupatelli sudah meninggal dunia pada usia 88 tahun.

‘RIP, Tony’.

Tony yang lahir pada tahun 1930 di Busseto, Itali telah meninggal dunia pada Jumaat lalu. Mendiang Tony sangat terkenal dengan suara‘noot-noot’ sinonim dengan jiwa kanak-kanak yang menontonnya.

Pencipta kartun Pingu yang berasala dari Itali ini telah mendapat penerimaan baik dari penonton dan rancangan yang menghiburkan itu membuatkan kanak-kanak yang menontonnya tidak kering gusi melihat telatah dan aksi Pingu.

Pingu sarat dengan mesej kekeluargaan.

Antara karya Tony yang terkenal di Itali asalnya adalah mengenai kisah dongeng yang menampilkan naga, dan makhluk mitos lain. Tony sering menggambarkan cerita dongeng klasik dan mencipta kad Fairy Tarot.

Disamping itu, Tony juga mempunyai pelbagai nama pena seperti Oda Taro, L’Alpino dan Antony Mo. Takziah diucapkan!

Sumber : Newsweek / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?