Menginjak Usia 27 Tahun, Ribuan Rakyat Penuhi IG Putera Mateen

Bila sebut negara Brunei, secara tiba-tiba nama Pu­tera Abdul Mateen meniti di bibir kerana ber­jaya mencuri hati rak­yat Malaysia terutama dalam kalangan gadis tempatan.

Memiliki wajah kacak dan tubuh badan segak serta sasa telah membuat ramai gadis sering mengikuti perkembangan beliau di laman media sosial sehingga memiliki 961,000 orang pengikut di Instagram. Selamat hari jadi prince!

Semalam, pe­wa­ris takhta diraja Brunei keenam itu telah menginjak usia 27 tahun dengan berkongsi sebuah posting di laman Instagram miliknya.

Mengakui usianya bertambah dalam sekelip mata, putera raja yang aktif bersukan itu berterima kasih dan menghargai segala ucapan daripada orang ramai sempena ulang tahun kelahiran tersebut.

“Where did 26 go? Hah. Thank you all once again for the very kind birthday wishes. Much appreciated as always ❤,” tulisnya.

Banyaknya kek!

Posting berkenaan mendapat ratusan ribu tanda suka dan ribuan komen yang rata-rata mengambil kesempatan bagi mengucapkan selamat hari jadi buat figura kesayangan mereka.

Putera Mateen merupakan anak ke-10 kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bol­kiah dan bekas isterinya, Pengiran isteri Hajah Mariam yang dilahirkan pada 10 Ogos 1991.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : tmski via OhMyMedia


Apa Kata Anda?