Ridzuan Puzi Rangkul Emas Acara 100 Meter, Lebur Rekod Dunia

Selepas permulaan perlahan, kontinjen Malaysia di Sukan Para Asia 2018 Indonesia mula menuai pingat emas, hari ini termasuk memecahkan rekod dunia menerusi dua jaguh olahraga, Ridzuan Puzi dan Abdul Latiff Romly.

Terbaru Ridzuan yang juga pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 memenangi acara kegemarannya, pecut 100 meter (m) dalam kelas T36 selepas mencatatkan 11.87 saat (s) pada aksi di Stadium Gelora Bung Karno.

Dikatakan kejayaan itu menyaksikannya memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang atlet Russia, Evgenii Shvetcov 11.90s yang dilakukan pada Kejuaraan Dunia 2013 di Lyon, Perancis.

Sementara atlet China, Yang Yifei yang mencatat 11.91s memenangi perak manakala Al Harrasi Taha Abdullah Rashid dari Oman meraih gangsa dengan catatan 12.36s.

Dalam pada itu, Latiff yang beraksi dalam acara lompat jauh turut memecahkan rekod dunia miliknya dalam kategori T20 selepas melakukan catatan 7.64m untuk memenangi emas.

Difahamkan catatan itu memperbaharui rekod 7.60m yang dilakukannya ketika memenangi emas di Rio, dua tahun lalu dengan dua atlet Jepun, Kokubo Kanta Yamaguchi Mitsuo masing-masing meraih perak dan gangsa selepas melakukan catatan 6.79m dan 6.68m.

Keseluruhannya, kontinjen negara menuai enam emas, hari ini dengan empat daripadanya hadir dalam acara olahraga. Terdahulu, Malaysia memulakan tuaian emas menerusi Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin dan Nasharuddin Mohamed yang menjuarai acara 400m wanita dan lelaki T20 (masalah pembelajaran).

Sementara dua lagi emas disumbangkan dalam acara berbasikal menerusi Zuhairie Ahmad Tarmizi (lebuh raya C5) dan Nur Azlia Syafinaz (lebuh raya B).

Jom baca apa komen netizen:

1) Tahniah bro dah lama x jmpa dlu kita lari sama2. Alhamdulillah tahniah ridzuan puzi syukurr. moga Allah sentiasa rahmati kamu.amiinn

2) Congratulations Malaysian Hero. we proud of u and we love u. tahniah bro pecah rekot dunia plak tu. memang cukop

3) Hebat, luarbiasa rekod baru dunia. AlhamdulillAh ! Tahniah  Sememangnya LUAR BIASA ! Tahniah luar biasa  yesssss malaysiaaa

VIDEO : 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Kredit: hmetro via Newscoviral


Apa Kata Anda?