“Tak Sangka Boleh Buat Sendiri” – Rita Rudaini Kongsi Kisah Besarkan Dua Orang Anak Seorang Diri Buat Netizen Sebak

(Sila skrol ke bawah untuk menonton video)

Pelakon popular Rita Rudaini mengakui tidak menyangka dapat membesarkan dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna seorang diri selepas berpisah dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Rita berkongsi kisah pengalaman dia membesarkan dua orang anaknya itu seorang diri.

“Tak sangka boleh buat sendiri sorang-sorang. Struggle juga dulu, dua-dua masih kecil berebut nak dukung walaupun ada stroller.

“Pastu bila malam, budak-budak dah tidur, baru mommy lepas menangis sorang-sorang sebab penat.

“Cakap dalam hati ‘cepat la besar, cepat la berjalan, mommy tak larat sorang-sorang’.

“Bila teringat semua tu macam rasa nak ulang balik zaman diaorang kecil. Rindu nak dukung dorang pula,” tulisnya.

Rata-rata mengakui kagum dengan pergorbanan yang dilakukan oleh Rita dan mendoakan agar dia segera bertemu pengganti selepas ini.

Antara komen netizen di laman Instagram Rita Rudaini ;

I’m proud of you sis…

Tahnia pada Rita Rudaini dapat membesarkan anak-anak dengan jayanya…

Ibu memang besar jasanya…

Rita yang sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!BS
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Rita Rudaini via Gempak


Apa Kata Anda?