“RM20 Juta Sekalipun Untuk Membintangi Dua Atau Tiga Filem Yang Tidak Berkualiti, Saya Tidak Akan,” – Maya Karin

Pelakon, Maya Karin ketika ini mengakui dia lebih bersikap selektif sebelum menerima mana-mana tawaran berlakon dan ia bukanlah hanya memandang soal bayaran semata-mata.

Sebaliknya, pengalaman lalu banyak mengajar dirinya untuk menjadi lebih baik, seterusnya mempertingkatkan kualiti lakonannya menerusi mana-mana naskhah yang dilakonkan.

“Saya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu selepas kemunculan filem pertama, Seri Dewi Malam dan No Problem, pada 2001. Ia menjadi pengajaran terbesar buat permulaan kerjaya lakonan saya. Saya berjanji pada diri sendiri untuk tidak sesekali menerima projek filem kerana duit.

“Saya belajar daripada pengalaman silam untuk berada pada tahap hari ini. Tiada guna mengejar duit tetapi reputasi dan kredibiliti tidak mampu dipertahankan,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian Online.

Pada masa sama, wanita cantik ini turut memberitahu, dia sudah tidak berlakon mana-mana filem sepanjang empat tahun lalu kerana tawaran yang hadir bagaikan tidak kena dengan jiwa.

@syamsulyusoffilm has spoken… #munafik2

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

“Diakui, bukan tiada tawaran filem sepanjang empat tahun tidak berlakon. Memang banyak undangan diterima, tetapi ia tidak sesuai dengan jiwa. Bukanlah juga saya bersikap terlalu memilih, tetapi itu kehendak diri. Saya berlakon bukan kerana duit, sebaliknya saya mahukan kepuasan,” katanya lagi.

Malah, aktres ini juga mengaku tidak suka untuk hebah cerita konon menerima pelbagai tawaran berlakon tetapi akhirnya , tetapi kesudahannya menyalahkan pelbagai sisi.

“Jika tidak suka, kita tolak saja dengan baik, bukannya kritik karya orang lain. Mungkin watak itu tidak sesuai dengan kita, tetapi serasi dengan pelakon lain.

Jangan sesekali kita menjatuhkan hukum pada karya orang lain. Saya berpendirian, saya harus menolak dengan baik jika berasakan watak yang ditawarkan tidak sesuai dengan diri ini. Saya mungkin boleh mendapat RM80,000 dengan mudah untuk sesebuah watak, tetapi saya tidak memandang duit sebagai keutamaan.

“Jika ditawarkan RM20 juta sekalipun untuk membintangi dua atau tiga filem yang tidak berkualiti, saya tidak akan menerimanya. Bagi saya, nama dan reputasi terlalu mahal harganya” kongsi Maya jujur.

Dalam perkembangan lain, Maya bakal muncul menerusi filem seram yang dinanti-nantikan, Munafik 2 arahan Syamsul Yusof.

Filem ke-10 arahan Syamsul terbitan Skop Productions Sdn Bhd itu akan menjengah pawagam 30 Ogos depan. Turut beraksi di dalam filem berkenaan ialah dibintangi Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Mawi, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : IG Maya Karin via MediaHiburan


Apa Kata Anda?