“Sampai Bila Nak Friendzone Weh,” – Netizen Terhibur Dengan Kapsyen Nazmi Adhwa Di Instagram

Ramai mengetahui hubungan akrab di antara pelakon, Ardell Aryana dengan Nazmi Adhwa malah ramai juga yang seolah-olah memberi restu jika ‘persahabatan’ mereka berterusan ke fasa seterusnya.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menegaskan bahawa hubungan akrab itu tidak lebih daripada seorang kawan.

Lalu, semalam Nazmi ada memuat naik video berserta kapsyen berkaitan dengan ‘friendzone’.

“Thanks @ardellaryana jahit untuk aku. Eh! tak lah untuk semua followers @alwadelhijab kau #friendzone aku je kerja Sampai bila nak friendzone weh?,” tulisnya.

VIDEO:

Oh my! Apa maknanya itu? Apa sebenarnya hubungan mereka berdua ini?

Dalam pada itu, Nazmi juga ada memuat naik foto beberapa hari lalu di Instagramnya dengan kapsyen yang memberi maksud tersurat dan tersirat.

“Kalau awak tak berputus asa dengan saya lagi takkan berputus asa dengan awak …Aiceh,tetiber,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa simpati pada Nazmi.

Apa-apapun, kita doakan yang terbaik sahaja buat kedua-dua mereka. Bak kata orang, kalau ada jodoh tak ke mana kan?

Foto: Instagram Nazmi Adhwa

Sumber; MH


Apa Kata Anda?