
Penyanyi lagu Amalina, Santesh mengakui tidak menjangkakan single berbahasa Melayu pertamanya mendapat sambutan yang sangat positif.
Mula menjejakkan diri dalam dunia hiburan India tempatan semenjak tahun 2011, jejaka berusia 29 tahun ini sememangnya menanam impian untuk memasuki pasaran Melayu.
Santesh – Amalina (Official Music Video)
Mula dimuat naik di laman YouTube pada 27 Ogos lalu, lagu ini telah meraih lebih 5.1 juta tontonan serta menduduk carta trending YouTube ketika artikel ini ditulis.
Dalam pada itu, penangan lagu Amalina juga membuatkan Santesh mula mengumpul peminat dari kalangan orang Melayu.
Namun yang paling mencuit hati adalah kata-kata pickupline daripada Santesh kepada Daiyan Trisha membuatkan ramai tertawa.
Bermula ‘garang’ dengan pantun, namun amat manis bila di penghujungnya sehinggakan Daiyan dan pengacara CCTV lain terduduk dibuatnya.
VIDEO : Santesh Bagi Pickup Line Tamil Kat Daiyan Trisha!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady
Sumber : Youtube Thinker Studio via SoyaLemon