“Eh Dia Tak Marah..”- Sarah Hildebrand ‘Disimbah Air’ Oleh Kekasih Tarik Tumpuan Ramai

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon yang kini sedang hangat diperkatakan menerusi wataknya sebagai Nadine dalam drama Pujaan Hati Kanda.

Watak Sarah Hildebrand buat ramai ger4m

Namun, siapa sangka video yang dirakam oleh kekasih Sarah mencuri tumpuan ramai apabila dia disimbah air yang diambil daripada botol minuman.

Bagaimanapun, kekasih kepada Sarah yang juga dikenali sebagai pengacara itu juga tidak menerima reaksi mar4h malah Sarah kelihatan tenang sahaja apabila Nabil mencurah air di kepalanya ketika berjalan.

Untuk korang yang panas ngan perangai Nadine..

Gurauan Nabil dikatakan sekadar selorohnya bagi watak yang dilakonkan oleh Sarah menerusi drama yang kini trending.

Di ruangan komen pula, kelakuan pasangan ini membuatkan ramai terhibur malah reaksi Sarah juga dipuji meskipun kekasihnya berbuat sedemikian.

Eh dia tak mar4h or jerit langsung..

10 kali ulang..

[GAMBAR] Sama Cantik, Sama Padan! Inilah Dia Kekasih ‘Nadine’, Pengacara Nabil Mahir

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa pelakon cantik berdarah kacukan, Sarah Hildebrand sebenarnya sudah mempunyai kekasih iaitu hos dan model, Nabil Mahir.

Malah difahamkan hubungan cinta yang terjalin antara mereka sudah pun lebih empat tahun lamanya.

Kemesraan di antara pasangan ini sering kali dikongsikan mereka menerusi media sosial, misalnya di Instagram Nabil sendiri.

Yang pasti bagi yang sedia mengkuti perkembangan mereka sejak dulu, keduanya memang sempoi dan sering bergurau menerusi video yang dimuat naik.

Jadi, jom tengok beberapa foto mesra mereka yang diambil menerusi Instagram masing-masing!

Terkini, Sarah mendukung watak sebagai Nadine menerusi drama rantaian, Pujaan Hati Kanda di samping Remy Ishak dan Mira Filzah.

Drama berkenaan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.

Foto: Instagram Sarah / Nabil

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: HCL & Media Hiburan via MediaOhsem

Apa Kata Anda?