[FOTO & VIDEO] “Menangis All The Way To Maldives” – Sari Yanti Honeymoon Tanpa Anak

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

Pelakon Sari Yanti akui merindui anak-anaknya ketika berbulan madu bersama suami, Jep Sepahtu.

Sari memberitahu perkara itu di menerusi akaun Instagramnya sewaktu mengadakan sesi soal jawab dibersama peminat di ruangan Insta Story pada Khamis.

Kata Sari, perkara itu membuatkan dia menangis dalam kapal terbang ketika perjalanan menuju ke Maldives baru-baru ini.

“Walaupun boleh dikatakan menangis all the way to Maldives but mestilah best sebab kita pergi dengan yang paling kita sayang. Alhamdulillah anak-anak back home kita doa dan serah pada Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sari juga menjawab pertanyaan peminat mengenai cara mengendalikan susu badan ketika bercuti bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak.

“Tak simpan. Pump dan buang je. Kena pump sebab nanti takut susu kering pulak. Baby tak pernah guna botol.

“Kira hari tu waktu kakak perg bercuti baru dia belajar. Mama dia nangis-nangis sepanjang flight,” tulisnya.

Terdahulu, Sari telah membuka ruangan soalan untuk menjawab apa sahaja pertanyaan yang diajukan oleh peminat-peminatnya menerusi Insta Story.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April lalu.

Manakala pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Foto: Instagram @sariyanti

Kapsyen gambar percutian Jep jadi perhatian netizen…

BARU-baru ini pasangan Sari Yanti dan Jep Sepahtu telah bercuti ke Maldives. Dikhabarkan percutian pasangan itu adalah sempena meraikan majlis hari lahir Sari Yanti yang ke-34 tahun.

Sepanjang bercuti ke sana, kedua pasangan ini sering berkongsi gambar dan vidoe di Instagram (IG). Namun, kapsyen daripada pelawak ini lebih menarik perhatian.  

“Saya fikir boleh memperbaiki bahasa Inggeris saya jika saya tinggal di sini lebih lama tetapi wang saya perlu gunakan untuk pasar, pampers anak, minyak kereta nak isi, superlawak lagi nak tongtong bayar padang, makan dekat ‘tok deng’.

“Jadi saya membuat keputusan untuk memperbaiki bahasa Inggeris saya di Malaysia,” tulisnya.

“Letih. Tadi letak benda ini dekat laut, banyak mengejar dari makan. Bila sudah letak dekat kolam barulah tak  liar sangat dia bergerak,” tulisnya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen-komen yang mencuit hati.  Malah salah satu gambar yang dikongsikan itu ditonton 629, 252.    

“Ha ha ha, aduh sakit perut gelak tengok caption,” tulis l1y4n4r0xx.

“Ha ha ha, tidak pernah mengecewakan,” tulis nrsyazmin.

“Kenapa kelakar sangat kau Jep,” tulis _faizaliah_.

“Abang jangan banyak cakap English banyak sangat… Takut bibir lagi tebal.  Selamat bercuti,” tulis minmikail91

“Macam baca skrip sahaja Jep,” tulis erienismail.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Astro gempak via Gengjoyah


Apa Kata Anda?