[FOTO & VIDEO] ‘Sakit… Tapi Saya Kena Kuat’.. Elyana Kongsi Permulaan K4nser Datang Meny3rang

(Skroll ke bawah untuk tonton video penuh)

PENYANYI Elyana berkongsi mengalami kulit terbakar, kusam, berjerawat dan rambut gugur kesan daripada rawatan radioterapi yang dilakukan.

Elyana, 31, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, dia hanya mampu bersabar dan kuat meskipun rawatan itu menyakitkan.

“Saya baru saja habis rawatan ini. Pada awalnya saya kena buat 10 kali radioterapi. Tetapi selepas habis, doktor nak tambah lima kali lagi. Namun, selepas melihat tindak balas baik ubat radiotertapi dengan badan saya, jadi doktor kurangkan kepada dua kali.

“Memandangkan saya jenis yang tak ikut betul-betul, saya hanya buat sekali saja. Satu lagi sesi saya ponteng. Keseluruhan saya kena 11 kali radioterapi. Diakui, ia memang sakit. Cuma kalau nak dibandingkan dengan kimoterapi yang lebih perit, radioterapi saya masih boleh sabar.

“Habis saja rawatan ini, mulut penuh ulser hingga susah nak makan dan minum. Malah, sepanjang rawatan ini, kulit saya terbakar, hitam, kusam, berjerawat dan rambut gugur. Pendek kata memang teruk,” katanya.

Minta tolong doakan Elyana kuat semangat untuk melawan penyakitnya, dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik, serta dapat sembuh dengan izin-Nya.

Doakan juga agar ahli keluarga Elyana diberikan kekuatan dan dapat menghadapi segala dugaan ini dengan tenang.

Amin…

Elyana yang berkongsi perkara itu di Instagram ‘live’ berkata, tahap kesihatannya juga tidak menentu selepas selesai menjalani rawatan itu.

“Macam kimoterapi juga, selepas buat rawatan, badan memang lemah dan tak kuat. Kadang demam dan kadang okey.

“Walaupun ada ketikanya tertekan, tapi saya kena ceria dan layankan saja. Disebabkan itu, saya ambil keputusan tutup Instagram selama dua minggu,” katanya.

Menerusi video itu juga, Elyana turut berterima kasih kepada peminat yang tidak putus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dirinya.

“Terima kasih buat anda yang sudah mendoakan kesihatan saya. Malah ada yang sudi buat buat solat hajat untuk saya. Biarpun tak dapat nak ucapkan depan-depan, saya sangat hargai. Terima kasih banyak-banyak.

“Kalau nak tahu, selama saya tutup sementara IG, saya rindukan peminat yang baik-baik. Mereka juga sumber kekuatan saya,” katanya.

VIDEO : Elyana @elyanaofficial sharekan awal permulaan kans3r datang menyerang 

VIDEO : Sempat juga @elyanaofficial kongsikan bagaimana rawatan kimoterapi dilakukan 

VIDEO : Ini dia sejarah macam mana @elyanaofficial selalu perform atas stage tak pakai kasut 

VIDEO : @elyanaofficial singgah di @koolfmmybersama #PHDKoolFM 

VIDEO : Ucapan @elyanaofficial kepada semua di luar sana. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Metro/IG elofcbyelyana


Apa Kata Anda?