‘Saya mahu dia kembali’ – Suami bingung isteri digoda pengasas produk kecantikan

/aside>

SEORANG lelaki yang juga pengasas produk kecantikan dari Jerteh, Terengganu didakwa cuba merampas wanita bergelar isteri orang.

Suami wanita itu yang hanya dikenali sebagai Zahari berkata, dia mahu isterinya itu kembali kepadanya demi anak-anak dan mengakui masih menyayangi isterinya itu.

Difahamkan, isterinya adalah salah seorang penjual produk yang diasaskan lelaki berkenaan.

Menurutnya lagi, pada mulanya dia membenarkan isterinya menjual produk tersebut secara sambilan untuk menambah pendapatan keluarga tetapi tidak menyangka yang isterinya sanggup menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan sehingga terjalin hubungan yang tidak sepatutnya.

Tambah Zahari, dia mahu isterinya berhenti menjual produk itu lagi dan kembali taat seperti sebelum ini.

Berikut status Zahari di Facebook miliknya.

Saya adalah suami kepada Wan A***** Wan M**** dengan ini melarang sekerasnya isteri saya ini berniaga D********. Ini kerana F****** A*** iaitu founder D******** telah menggoda isteri saya sehingga tersebar gambar mereka berdua-duaan dan pelbagai perbualan yang tidak sepatutnya antara mereka. Jadi saya tidak mahu lagi isteri saya berhubung dengan F****** A*** founder D******** ini.

Saya umumkan secara besar besaran sebab saya ingin isteri saya balik semula pada saya demi demi anak-anak dan keluarga. Saya akan cuba sebaik-baiknya memelihara isteri saya. Saya sedar selama ini saya kurang memberi perhatian kerana saya bekerja makan gaji di siang hari dan part-time kerja longkai di waktu malam untuk menambah pendapatan isi rumah. Pada awalnya saya membenarkan isteri saya meniaga kerana isteri saya nak bantu saya, namun saya tidak sanka kepercayaan saya telah disalahgunakan oleh isteri saya sehingga terjalin hubungan yang tidak sepatutnya.

Saya maafkan isteri saya kerana saya terlalu sayang pada dia dan anak-anak kami masih kecil lagi. Saya sedar kurang berharta dan tidak mampu mewahkan seperti golongan elit, tapi 4 perkara asas paling wajib dalam Islam sebagai suami, saya telah laksanakan seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan ubat-ubatan sebagai contoh sebelum ini, meminta bantuan ayah untuk hantar bahan makanan ketika saya sibuk bekerja, hanya motorsikal untuk ke tempat kerja sedangkan isteri diberikan kereta, ada rumah untuk duduk sekarang ini sementara menunggu sebuah rumah lagi yang telah saya beli untuk kami sekeluarga.

Sesiapa yang membaca status saya ini, saya menyeru janganlah sokong isteri berniaga D******** kerana perniagaan ini menjurus isteri saya lupa tanggungjawab sebagai isteri dan anak-anak kami yang masih kecil ini. Remuk hati saya apabila melihat seorang lelaki bujang berhubung berlebihan dengan seorang wanita yang masih bergelar isteri.

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?