Saya pilih untuk bahagia – Mia Ahmad

Cabaran dalam perkahwinan datang dalam pelbagai cara, mungkin itu juga yang pernah dilalui pelakon Mia Ahmad dan suaminya yang juga pemain bola sepak Mohd. Izham Tarmizi.

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan kedua mereka, beberapa bulan lalu pelakon Mia pernah mengejutkan peminatnya dengan memuat naik entri dalam lnstagram yang memberi gambaran rumah tangganya ketika itu sedang dilanda masalah.

Menulis luahan hatinya semalam Mia tidak menolak dia kini lebih memahami setiap pengajaran yang datang melalui cabaran dalam perkahwinan.

“Akan ada cabaran, halangan dan kesan dalam perkahwinan. Semuanya sudah tertulis dan saya yakin ini akan membuatkan kita lebih dekat dengan Allah.

“Melalui ini kita akan belajar, matang dan lebih menghargai.

“Hari ini saya pilih untuk bahagia. Setiap hari adalah permulaan dan harapan saya agar kebahagiaan ini akan berkekalan dan membuatkan kita lebih kuat. Selamat ulang tahun kedua. Semoga perkahwinan ini kekal ke syurga,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Namun sehingga saat ini Mia nampaknya masih belum memuat naik gambar suaminya dalam Instagram selepas memadamnya.

Mungkin lebih senang begitu, Izham bagaimanapun sempat berkongsi gambar bahagia mereka sekeluarga dua hari lalu.

Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017, kini mempunyai seorang cahaya mata lelaki Sayf Issa yang dilahirkan 28 September lalu. – MHE TV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: GengJoyah


Apa Kata Anda?