“Saya tahu mereka berkawan…” – Sufian Suhaimi

KUALA LUMPUR 27 Feb.- “Saya sedia maklum mereka bersahabat dan saya juga tahu mereka sekadar berkawan sebelum ini. Hubungan antara kami sudah berakhir dan saya selalu mendoakan yang terbaik untuk dia.

Demikian komen penyanyi, Sufian Suhaimi apabila diajukan soalan berhubung laporan sebuah portal hiburan yang mendakwa bekas tunangnya, Elfira Loy sudah menemui pengganti.

Lelaki yang masyhur dengan lagu Terakhir itu menjadi buruan wartawan sejak putus tunang dengan Elfira pada 18 Februari lalu tenang menjawab setiap soalan yang diajukan kepadanya.

Kepada UTUSAN ONLINE juga, Sufian memberi jawapan bahawa dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran cinta baharu selepas impian masa depannya dengan Elfira berakhir di pertengahan jalan.

Ikuti temu bual eksklusif Sufian.

Keluarga awak dalam bidang akademi dan profesional, macam mana mereka berhadapan dengan hal kahwin tak jadi ini ya?

“Ibu saya sangat tenang dan saya pun dapat kekuatan daripada keluarga juga. Ibu sangat berpegang kepada qada’ dan qadar dan berpegang kepada perancangan Allah SWT itu berhikmah.”

Sejujurnya, masih letak sedikit harapan ke untuk masa depan bersama dia?

“Pada saya, semua itu sudah lepas. Semakin besar berharap dan bermimpi, kita akan semakin mudah kecewa. Jadi, saya tak hendak harapkan apa-apa lagi.  Biarlah kejadian ini memberikan motivasi dari segi fizikal, mental, jasmani dan emosi saya.”

Maaf, ini soalan agak nakal, betulkah awak pernah tinggalkan kekasih lama sebab hendak bercinta dengan Elfira?

“Benda ini sudah lama. Pada ketika saya buat keputusan untuk menjadi ‘suami’ Elfira, banyak benda telah ditinggalkan, saya berubah. Yang lepas tu lepaslah. Tapi kita tak ada kuasa nak tutup mulut orang. Kalau Tuhan nak tunjukkan kebenaran, Dia akan tunjukkan juga kepada kita. Banyak juga yang cakap benda ni macam karma lah, kifarah lah, macam-macam. Saya tak cakap benda tu tak betul atau benda yang ‘padan muka’ saya atau  apa saja. Sama ada ini balasan dahulu atau permulaan untuk sesuatu yang lebih baik, terima sajalah.

Jadi, tak betul tinggalkan dia sebab El?

Taklah! Cuma, kalau nak cakap karma atau kifarah ke apa, tak tahulah. Sama ada ini cara Tuhan menegur saya atau cara Tuhan ingin berikan ‘sesuatu’ kepada saya, saya tak tahu.

Serik bercinta dengan artis lagi?

Saya tak serik untuk bercinta, dengan sesiapa pun. Kalau jodoh dengan sesiapa sahaja, saya bersedia. Begitulah!

 

Sumber : UtusanOnline

Kredit; Soyalemon


Apa Kata Anda?