“Saya Usahakan Mak Supaya Bangun Solat, Mandikan & Suap Makan” – Jaga Ibu, Abby Abadi Jentik Hati Ramai

Pelakon Abby Abadi menyentuh hati netizen menerusi perkongsiannya ketika menjaga ibunya yang tak berapa sihat

Dalam entri terbabit, Abby turut menceritakan keadaan terkini ibunya serta usahanya untuk memastikan solat ibunya terjaga.

“Mak… Saya usahakan Mak saya supaya terus solat dan Alhamdullillah, Mak kuat.

“Saya mandikan Mak, bagi makan ubat, buatkan air, suap makan dan paling penting jagakan solat Mak.

“Saya bagitau Mak, tak dapat buat yang sunat, 5 waktu tu je suruh Mak jaga. Sebab itu yang pertama Allah akan tanya nanti Mak. Mak dengar je…

“Dan saya harap Allah kuatkan lagi kefahaman Mak tentang agama. Amin. Sayang Mak sangat!” tulis Abby.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima Kasih ❤️ @normanhakim_786 @memeysuhaiza . Rajin dtg rumah kita Rajin makan haha 🙊😛 Dapat jenguk Mak juga Terima Kasih tau Nanti dtglah lagi Cuti CNY kita buat bBQ ok 🥰

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu juga merayu doa daripada peminatnya untuk melancarkan urusan ibunya.

“Doakan Mak saya kuat ye”.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Ig abbyabadi Via Gempak


Apa Kata Anda?