“Sebab saya terlalu lantang bersuara pasal kerajaan…” – Farid Kamil digam berlakon sejak Januari

Lama tidak mendengar perkembangan terbaharu pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil selepas didakwa menghadapi enam pertuduhan jenayah serta dikatakan bakal menjalani pembedahan lutut tidak lama lagi.

Terbaru, menurut laporan mStar Online, isteri kepada aktres Diana Danielle itu mendedahkan namanya digam oleh pihak produksi disebabkan kelantangan bersuara mengenai kerajaan terdahulu.

Selain tidak mahu melibatkan dirinya dalam produksi, pelakon drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu itu turut mendedahkan bahawa terdapat pihak yang belum melangsaikan bayaran penuh kepadanya biarpun drama telah tamat ditayangkan.

Farid merupakan antara selebriti tempatan yang menunjukkan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan pernah berjumpa secara peribadi serta meminta nasihat Tun M buat para artis di tanah air.

Pertemuan pada disember lalu

 

Bukan itu sahaja, pelakon kelahiran Alor Setar ini juga pernah menyuarakan pendangan mengenai kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional di laman media sosialnya. Wow berani bersuara ya Farid, respek!

Sumber : mStar Online , Tun M 

Kredit; Ohmymedia


Apa Kata Anda?