“Sebab Tu Nelydia Tolak Watak Juita..” – Syafiq Kyle

Pelakon Syafiq Kyle mengakui dia tidak meletakkan apa-apa harapan menerusi penampilan terkininya sebagai Ustaz Adam untuk sequel Nur 2 yang kini sedang rancak menjalani penggambaran.

Katanya kepada MH, dia tidak mahu mengharapkan sesuatu kerana apa yang lebih penting buat pemenang tempat kedua Pencarian Hero Remaja 2011/12 ini ialah memberikan kualiti lakonan terbaik.

“Saya tak pernah atau mahu jangka yang Nur 2 akan meletup. Begitu juga dengan siri terdahulu. Malah keluarga Nur sendiri pun tak sangka ia boleh jadi trending dan diminati ramai.

“Jadi apa yang saya akan lakukan menerusi Nur 2 ialah ‘pusing’ balik kepada Nur yang pertama. Saya kena mulainya dengan kosong, tidak meletakkan apa-apa harapan. Apa yang perlu saya buat ialah memberikan yang terbaik kerana jalan ceritanya memang bagus.

“Seterusnya saya hanya serahkan pada penonton untuk menilai,” katanya ketika ditemui di pelancaran single terkini Siti Sarah berjudul Semakin di RedBox, Mid Valley.

Ditanya mengenai gandingannya bersama Azar Rahman yang mendukung watak baru menerusi drama berkenan iaitu Juita, Syafiq memuji watak tersebut yang dirasakan cukup menarik.

 

“Saya pernah berlakon sama dengannya sebelum ini. Malah menerusi Juita, karektornya pun sangat menarik,” kongsinya.

Diajukan persoalan apakah reaksinya terhadap penolakan watak tersebut yang sepatutnya dipegang Nelydia, Syafiq secara seloroh menjawab;

“Sebab itulah Nelydia tolak. Saya pun ada cakap memang patut pun dia tolak memandangkan dia baru saja pulang dari umrah. Kita respek dan pastinya dia mempunyai sebab tersendiri,” katanya lagi.

VIDEO :

Foto: Instagram Nelydia/Syafiq Kyle

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: MH


Apa Kata Anda?