Sebak, Luahan Hati Mengejutkan Ara Johari Kepada Netizen

Terbaru penyanyi Ara Johari ada memuat naik sekeping gambar ketika dia sedang membuat persembahan di Pentas Anugerah Juara Lagu 33. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillahirrahmanirrahim. Selamat Pagi Semua . Alhamdulillah, i’m so grateful for this award 🥈 it was so unexpected because ara sedar betapa kerdil nya ara di atas pentas yg sangat besar . Tapi ara bersyukur sangat dengan rezeki Allah ini! Special Thanks to composer and lyricist untuk lagu Bunga ini @akimahmad @mrhazama1 @zimisofazr . Hasil Karya mereka lah yg membuat saya berdiri teguh di atas pentas #AJL33 dan juga kerana mereka saya mendapat tempat di hati peminat. To @arasquadofficial or bukan arasquad yg telah menyokong ara dari awal sampai akhir , thankyou so much! you guys are awesome 👏 Tak lupa juga untuk team yang terlibat dengan persembahan ara , sanggup bersusah payah untuk menjayakan persembahan ara bersama walaupun banyak sangat dugaan yg berlaku during soundcheck and rehearsal! but we did it last night ❤️ Thanks to my management @rocketfuelent because you guys always give me a positive support! And yang paling penting! Terima kasih yg tak terhingga kepada kedua ibu ayah saya . Tanpa restu mereka , saya tidak berdiri di atas pentas #AJL33 Terima Kasih , Terima Kasih dan Terima Kasih!

A post shared by Ara Johari (@arajohari) on

“B3nci lah aku semahu mu, M*ki lah aku sepuas mu, Aku anggap ini ujian, Atas rezeki yg ku terima. Terima Kasih!” tulisnya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Benci lah aku semahu mu, Maki lah aku sepuas mu , Aku anggap ini ujian , Atas rezeki yg ku terima . Terima Kasih!

A post shared by Ara Johari (@arajohari) on

Gambar tersebut Ara meluahkan rasa sedih dan kecewa kepada peminatnya kerana ada sesetengah pihak mempertikaikan kemenangan Ara di Anugerah Juara Lagu 33. 

Rata-rata rakan artis dan netizen memberi kata kata semangat kepada Ara untuk supaya kekal tabah hadapi dugaan. Semoga Ara akan terus memwarnai industri muzik tanah air. 

Untuk rekod, Ara telah dinobatkan sebagai Naib Juara untuk lagu Bunga di Pentas Anugerah Juara Lagu. 

Bagaimanapun, kemenangan Ara yang dinilai juri profesional mendapat reaksi pelbagai netizen. 

VIDEO :

Foto : Instagram Ara Johari

Tunggu 4 tahun lagi baru Ara Johari fikir tentang itu!

PENYANYI Ara Johari memberitahu dia meletakkan sasaran empat tahun lagi untuk mula serius memikirkan soal jodoh.

Menurut Ara, 21, buat masa ini dia mahu memberikan tumpuan terhadap kerjaya seni dan membantu kedua ibu-bapanya terlebih dahulu.

“Buat masa ini belum fikir lagi tentang teman lelaki sebab sekarang ni saya selesa dikelilingi kawan-kawan rapat yang sentiasa ada bersama.

“Kalau tanya tentang target nak kahwin, saya letak sasaran usia 25 tahun ke atas! Waktu itu baru sesuai nak fikir mengenai hal rumah tangga.

“Sekarang ini masa untuk saya fokus dengan kerjaya dahulu. Saya tak nak kahwin selagi tak dapat apa yang dirancang iaitu nak ada rumah dan senangkan keluarga dahulu,” katanya kepada mStar Online.

Ara bersyukur dikelilingi teman rapat yang sentiasa ada untuknya.

Sementara itu, penyanyi lagu Bunga ini berkata dia dalam perancangan untuk mengembangkan perniagaan makanan.

“Memandangkan saya ni suka makan, jadi saya tengah kumpul duit dan merancang untuk membuka sebuah kafe.

“Sebelum ini dah ada katering Ara Kitchen, mungkin selepas ini perniagaan saya akan terus berkembang dengan kafe baharu. Iyalah, makanan ini hari-hari orang cari.

“Di samping itu, saya juga nak memanjangkan resipi keluarga kami iaitu daging salai masak lemak cili api yang merupakan antara menu istimewa ingin dikongsi dengan pelanggan,” katanya.

Bercakap mengenai kerjaya seni, Ara memberitahu dia kini dalam rangka promosi lagu terbaharu berjudul Paku.

Lagu ciptaan Kadok dan Tukang Musik serta lirik Ara Johari dan Shasha K ini mengisahkan tentang perasaan cinta seorang lelaki terhadap wanita.

Video muzik Paku telah dimuat naik di laman Youtube sejak 21 November lalu dan menerima lebih 400,000 tontonan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : MH via Mstar


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*