[VIDEO] Sebak! Sang Suami Yang Terpaksa Mengalah Kerana Ahli Keluarga Yang Lain Tak Makan Durian

Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia mengenali durian atau yang juga dikenali sebagai Raja Buah ini. Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak; manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan.

Baunya menarik reaksi daripada penikmatan mendalam kepada amat jijik, dan telah diperikan serupa dengan bau badam, bawang busuk, turpentin dan stoking gim. Bau ini telah menyebabkan adanya larangan buah ini dalam sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia Tenggara.

Apa yang melucukan, baru-baru ini satu video telah dimuatnaik di laman sosial yang menunjukkan seorang lelaki sedang memakan durian seorang diri di bahagian luar rumahnya.

Difahamkan bahawa isterinya termasuk anggota keluarga yang lain langsung tidak menggemari raja buah itu dan lelaki ini terpaksa mengalah dan bagi mengelakkan ahli keluarganya terkena ‘tempias’ raja buah ini lelaki tersebut terpaksa makan di luar seorang diri.

VIDEO : 

Ditambah pula dengan muzik latar yang sedih, netizen terhibur dan memuji lelaki ini kerana sanggup berkorban demi ahli keluarga yang lain.

Komen Netizen:

rasa nk menitik air mata….

Kalo kita jenis xgamak…

Bertabah la pok cik…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : FB PenMerah


Apa Kata Anda?