[VIDE0] Sebenarnya Saya Bukan Lupa Lirik..”- Zamani Dedah Situasi Sebenar

Penyanyi Zamani Slam menafikan kegagalan menyanyi di segmen pertama Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5)adalah kerana lupa lirik.

Sebaliknya Zamani mendedahkan bahawa dia gagal mendengar alat pendengaran atau ‘earpiece’ ketika hendak menyanyi lagu Ku Dekat Pada Mu nyanyian Yusry KRU.

“Masalah sebenar saya sendiri tak dapat pastikan. Saya masih lagi menunggu post moterm untuk konsert ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari ‘earpiece’ ketika itu.

“Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya.

“Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya,”katanya kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun Zamani antara enam bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Zamani akui bersyukur dan menganggap ia rezeki.

“Selepas persembahan pertama saya dah give up kerana malu tapi saya fikir saya ada peluang kedua jadi saya pun cuba sehabis baik.

“Saya bersyukur kerana nasib baik minggu ini kami diberi tugasan untuk menyanyi dua buah lagu. Jadi jumlah markah dari dua persembahan,” katanya lagi.

Lima peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain.

Manakala perjalanan Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terhenti apabila diumumkan bintang yang gagal ke peringkat akhir.

Peringkat akhir GV5 pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

VIDEO:

Untuk lagu pertama, Zamani Sekali lagi mendapat malu kerana Lupa Lirik Di Minggu Separuh Akhir GV5

Konsert mingguan Gegar Vaganza 2018 musim kelima (GV5) telah memasuki minggu ke-5 pada hari Ahad, 28 Oktober 2018 sambil menyaksikan 9 peserta akan membuat persembahan vokal dengan tugasan lagu masing-masing

Persembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-6 ini melibatkan 8 peserta berikutan Farahwahida telah diumumkan tersingkir selepas mendapat markah terendah pada konsert minggu yang lalu

Masuk minggu ke 6 ini, antara peserta paling ditunggu adalah Zamani Slam. Zamani menyanyikan lagu Yusry KRU, Dekat Padamu

Tiba saat gilirannya mendendangkan lagu itu, Zamani muncul di pentas dan memulakan nyanyian dengan bagus dan tiada masalah,

Namun pada suatu ketika, Zamani Slam seakan lupa lirik dan tidak dapat mengeluarkan lontaran suaranya.

Saat itu para penonton mula membantu sama-sama menyanyikan lagu tersebut. Cuma beza kali ini Nabil dan Jihan tidak muncul di pentas bagi membantu Zamani.

Rata-rata peminat setia Zamani Slam dikatakan agak kecewa kerana Zamani gagal untuk memberikan persembahan terbaik.

Sewaktu tiba giliran juri untuk memberi komen, pengacara meminta Datuk Ramli MS untuk memberikan komen namun beliau enggan memberi sebarang komen untuk mengulas persembahan Zamani tersebut.

Difahamkan reaksi berdiam diri Datuk Ramli MS mungkin kerana agak kecewa dengan persembahan Zamani yang diberi harapan tinggi bukan sahaja oleh peminat tapi juga dikalangan juri sendiri.

Jom dengar nyanyian Zamani di bawah

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Gempak / Youtube F8Bu/ Ig rojakdailykaw via MediaOhsem


Apa Kata Anda?