[VIDEO] “Amboi Sedap Suara Anak Tok Ti, Terharunya..” – Persembahan Duet Asyraf Khalid & Tya Arifin Buat Siti Nurhaliza

Anak tiri kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid berkata dia mahu isterinya, Tya Arifin menjadi tulang belakang dalam menyusuri kejayaannya dalam karier. 

Asyraf merupakan Ketua Pegawai Eksekutif A Klasse serta pengasas organisasi Generasi Bersatu Malaysia (GBM) dan anak ketiga hasil perkahwinan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) dan Tengku Zawyah.

Asyraf  juga menyifatkan pintu rezekinya akan lebih terbuka selepas mendirikan rumah tangga dengan selebriti dari Indonesia itu.

Asyraf selamat diijabkabulkan dengan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Ariffin di Hotel Majestic kira-kira pukul 8 malam Ahad pada tanggal 2 November 2015.

Terbaru, penyanyi nombor satu tanah air Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah memuatnaik video ‘throwback’ persembahan anak tiri dan menantunya di laman Instagram. Ternyata suara Asyraf dan Tya boleh tahan merdu juga, berduet bersama bak merpati dua sejoli.

#throwback Bila anak anak buat persembahan .. @asyrafkhalid & @tyaarifinnw buat persembahan dengan video surprise .. Tq so much Ap & Tya .. love u both ????????

VIDEO :

#throwback Bila anak anak buat persembahan .. @asyrafkhalid & @tyaarifinnw buat persembahan dengan video surprise .. Tq so much Ap & Tya .. love u both ????????

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Rata-rata netizen terharu dengan persembahan dan kagum dengan suara yang dimiliki Asyraf dan juga Tya.

Teks oleh : Staf Soya Lemon

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Instagram Siti Nurhaliza via SoyaLemon


Apa Kata Anda?