[GAMBAR] 9 Selebriti Popular Malaysia Yang Bercinta Sesama Artis Namun Putus di Tengah Jalan

Baru-baru ini, kisah cinta Elfira Loy dan Sufian Suhaimi sudah pun berakhir selepas pasangan itu disahkan putus tunang . Namun, sehingga kini kisah cinta mereka masih lagi menjadi sebutan ramai.

Tapi kalau ikutkan ramai sebenarnya pasangan selebriti lain yang sebelum ini hangat bercinta namun jodoh mereka tidak kesampaian.

Kami senaraikan 10 pasangan yang hangat bercinta tetapi akhirnya putus di tengah jalan.

1) Uqasha Senrose & Hefny

Sering berkongsi foto mesra dan pernah menyatakan hasrat untuk bertunang dan seterusnya membina mahligai perkahwinan bersama, siapa sangka sebenarnya hubungan percintaan Hefny Sahad dan Uqasha Senrose sudah berakhir sejak awal tahun ini.

“Saya sudah lama move on dan lepas saya menunaikan umrah Februari lalu, jiwa saya lebih tenang. Saya doakan hubungan dia dengan teman baharu berjalan lancar,” ujar Hefny selepas khabar angin Uqasha kini melakar hubungan dengan Ben amir.

Hefny menjalinkan hubungan cinta dengan Uqasha pada awal tahun ini dan dilaporkan putus sekitar April lalu.

2) Zizan Razak & Emma Maembong

Pasangan ini mula menjalin cinta awal tahun 2014. Ada juga dakwaan pasangan ini akan berkahwin. Namun pada Januari 2015, pasangan ini disahkan putus cinta disebabkan tiada persefahaman.

“Sebagai manusia biasa pasti akan diberi dugaan dalam hidup dan saya tidak terkecuali. Masalah ini tidak menggangu saya sebaliknya saya terima dugaan ini dengan tenang,” kata Zizan.

Sementara itu Utusan Online pernah melaporkan, antara punca perpisahan itu kerana berlaku pergaduhan antara mereka selepas Zizan menyuarakan hasrat untuk membeli sebuah kereta mewah

3) Aiman Hakim & Fathia Latiff

Selepas bercinta selama dua tahun, Aiman sendiri mengaku sudah bersedia untuk berkahwin dengan Fathia. Pasangan ini juga sebenarnya sudah dua kali putus cinta dan pada 2015, hubungan mereka betul-betul sudah berakhir.

”Maaflah… Tiada yang perlu diperkatakan lagi. Saya tidak mahu membuka cerita (kisah putus cinta dengan Fathia) buat masa sekarang.Sudah tidak ada lagi yang boleh dikatakan. Privasi itu tetap milik saya sepenuhnya.

”Bukan saya mahu bersikap defensif tentang perkara ini tetapi saya lebih memandang ke depan khususnya kesan-kesan daripada kontroversi yang membabitkan seseorang artis itu. Saya akui yang sebenarnya kontroversi itu ada baiknya untuk seorang artis lebih dikenali..” jelas Aiman

4) Nelydia Senrose & Qi Razali

Mula menjalin cinta pada tahun 2013, pasangan ini sah putus cinta pada tahun 2015 selepas 2 tahun menjalin hubungan. Ada pihak mengatakan mereka kembali bersama, namun kedua-dua mereka menafikan dakwaan tersebut.

”Seperti apa yang pernah saya katakan sebelum ini, walaupun kami tidak lagi bercinta, tapi kami masih berkawan dan tidak ada istilah bermusuh atau bermasam muka. Kami masih boleh berjumpa, cuma masing-masing tahu batas sebagai seorang kawan dan tidak lebih daripada itu

”Apabila hubungan kami terputus di tengah jalan, memang saya agak kesal, namun saya percaya kalau tidak ada jodoh, macam mana kita terus cuba pun tidak akan menjadi begitu juga sebaliknya” jelas Nelydia

5) Remy Ishak & Tiz Zaqyah

Petikan-petikan yang berbunyi ‘the relationship was gone a long time ago…’ serta ‘the best way to end the relationship is to burn the bridge…’ yang ditulis Remy menguatkan spekulasi ramai bahawa percintaan mereka sudahpun berkecai.

Akui Remy, tulisan itu sebenarnya satu kenyataan rasmi berhubung status percintaannya dengan Tiz yang sering berdepan persepsi ramai.

“Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan,” tegas Remy tentang percintaannya yang telah bertemu jalan penamat tahun 2012

6) Kamal Adli & Intan Ladyana

Hubungan pasangan pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli yang dibina sejak enam tahun akhirnya bernokhtah apabila kedua-dua mereka putus cinta sekitar tahun 2014

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berkata, keputusan tersebut diambil atas persetujuan bersama yang dilakukan pada akhir Ramadan lalu.

” Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat.

” Kalau boleh jangan tanya saya punca perpisahan kami ini, biarlah ia menjadi cerita peribadi kami. Saya anggap ini semua tiada jodoh untuk kami bersama,” jelasnya

7) Neelofa & Hans Isaac

Kisah hubungan cinta atau persahabatan mereka yang sebelum ini memberi banyak teka-teki kepada pihak lain akhirnya bertemu titik noktah sekitar 2014. Namun, Neelofa sendiri mengakui hubungan dua tahunnya bersama pelakon, pengarah dan penerbit itu sudah berakhir.

” Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu.”

” Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali. Justeru, saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua,” jelas Neelofa.

8) Fattah Amin & Sherry

Dua tahun menyulam cinta, akhirnya Fattah Amin dan Sherry Ibrahim sepakat berpisah selepas tidak mampu menyelamatkan hubungan yang bergelora sekitar tahun 2016

Enggan mendedahkan perkara yang dirasakan terlalu peribadi dengan umum, masing-masing dikatakan mengakhiri percintaan secara baik malah masih berkawan. Fattah berkata, segala yang berlaku atau punca di sebalik perpisahan biarlah hanya diketahui mereka saja apatah lagi soal jodoh adalah di luar kemampuan manusia.

”Sebenarnya hubungan kami sudah lama renggang. Bagaimanapun kami berpisah secara baik. Hingga kini kami masih berkawan tambahan pula kami berada di bawah pengurusan sama” kata Fattah yang kini berkahwin dengan Fazura

9) Zul Ariffin & Zahirah

Aktor, Zul Ariffin, mengesahkan hubungan cintanya dengan pelakon, Zahirah Macwilson, 23, sudah terlerai sejak lebih beberapa lalu, tahun 2018.

Bintang berusia 31 tahun itu berkata, sejak tahun lalu, ramai yang sudah mengetahui mengenai perhubungan mereka yang bagai ada pasang surutnya.

”Sudah putus. Gelombang hubungan kami sudah diketahui ramai sejak tahun lalu. Diakui, hubungan kami ada masanya putus dan bersambung semula dalam tempoh berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : NewsCoViral


Apa Kata Anda?