Inilah Barisan Selebriti Wanita Yang Bergelar Datin Segera & Glamor Di Malaysia! Ada Yang Diam-Diam Je Dah Bergelar Datin Ya..

Bila suami sudah menjadi Datuk, maka secara automatik si isteri pun bergelar datin. Ini dia barisan selebriti wanita yang menerima gelaran Datin segera dan digelar Datin Glamor di instagram. Ada yang menerima gelaran tersebut pada usia yang sangat muda.

Tidak dinafikan pencarian sudut dan lokasi tertentu bila bergambar mampu membuatkan sesebuah foto yang diambil itu tampak lebih cantik. Jadi tak hairanlah kalau dapat likes yang banyak kalau tiap kali posting di media sosial kan.

Tambah-tambah lagi kalau pakai baju yang cantik dan mengancam. Lagilah followers adore dan jadi ikutan bila bergambar.

Jadi jom ketahui barisan selebriti kita yang berstatus Datin ini pula bila melakukan OOTD. Elok ke tidak?

Datin Alyah

Penyanyi dan isteri kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS ini memang diketahui sebagai antara selebriti yang tak pernah kalah gaya, meski pun bertudung. Nah, tengok jelah OOTDnya yang ini. Color baju pun lawa kan?

Datin Paduka Eina Azman

Sering tampil sedondon dengan suaminya, apa sahaja pakaian yang dikenakan pelakon ini memang akan mencuri perhatian ramai. Malah, gelagatnya di dalam membersarkan anak kembar turut diikuti ramai

Datin Hajah Fouziah Gous

Baru saja pulang dari mengerjakan umrah, persona yang ada pada pengacara dan pelakon ini memang tidak boleh nafikan lagi. Cantik dan menawan bukan?

Datin Vivy Yusof

Usahawan yang popular ini juga tidak terkecuali sebagai antara figura yang sering memuat naik foto OOTD menerusi Instagram. Yang pasti setiap apa pakaian yang dikenakannya memang ‘win’ dan sesuai sebagai status sebagai seorang isteri dan ibu.

Datin Umie Aida

Sinonim sebagai antara pelakon terbaik di negara ini, Umie Aida juga sering tampil dalam gaya moden dan sofisikated, seiring status dan penampilannya yang berhijab.

Datin Seri Zizie Ezette

Selain gelagatnya dalam membesarkan anak kembar, ramai juga yang suka dengan cara dan imej yang ditampilkan pelakon yang satu ini. Tengoklah setiap OOTD darinya meski sedang berbadan dua. Tak pernah tak lawa kan?

Datin Elvina Mohamad

Pendatang baharu dunia hiburan, Datin Elvina Mohamad yang kini bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan juga selebriti sukan permotoran, Datuk Mohd. Haniff Borhan.

Datin Emylia Rosnaida

Emylia Rosnaida adalah isteri kepada AC Mizal yang telah bergelar datuk apabila menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada majlis pengurniaan darjah kebesaran dan pingat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Tahun 2011.

Datin Diana Danielle

Diana Danielle tidak menjangka dia akan menyandang gelaran itu dalam usia semuda ini. Ini berikutan suaminya dikurniakan darjah dan pingat dari Istana Pahang.

Datin Almy Nadia

Isteri kepada Fizz Fairuz iaitu aktres Almy Nadia mengakui terkejut dengan pengiktirafan diterima suaminya iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Dalam pada itu, ditanya tentang gelaran Datin, Almy berkata, dia lebih selesa dipanggil tanpa gelaran tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : MediaOhsem


Apa Kata Anda?