Selepas 20 Tahun, Ditemukan Semula Pelakon ‘Kuch Kuch Hota Hai’ Shah Rukh Khan, Kajol & Rani Murkerji

Kuch Kuch Hota Hai Filem arahan Karan Johar banyak mengajar kita erti persahabatan dan ia juga mengajar tentang erti sebenar cinta. Filem ini bukan sahaja mendapat sambutan hangat di seluruh dunia terutamanya di Malaysia, malah ia merupakan satu filem paling ikonik pada tahun 90-an.

Jalan cerita yang mengisahkan cinta tiga segi ini diterbitkan pada 16 Oktober 1998 dibintangi Datuk Shah Rukh Khan (Rahul Khanna) , Rani Mukerji (Tina) dan Kajol (Anjali Sharma)  sebagai teraju utama dan filem ini sudah mencapai dua dekad.

Semalam di adakan sambutan 20 Tahun Kuch Kuch Hota Hai dan menyaksikan semula teraju utama pelakon yang memegang watak Rahul, Tina dan Anjali.

Dikatakan Filem Kuch Kuch Hota Hai diadaptasi daripada komik Archie. Shah Rukh adalah Archie, Kajol adalah Betty dan Rani Mukherjee adalah Veronica. Watak Anupam Kher diinspirasikan daripada Weatherbee, pengetua Sekolah Tinggi Riverdale.

Tajuk filem ini telah dicadangkan oleh Jugal Hansraj yang juga merupakan pencipta lagu Tum Paas Aaye yang direkanya di bilik mandi sebelum memberikannya kepada Karan. Di katakan asal watak Tina hendak diberikan kepada pelakon Twinkle Khanna namun beliau menolak tawaran tersebut dan digantikan dengan Rani. Semasa babak basikal Yeh Ladki Hai Deewana, Kajol telah hilang kawalan semasa menunggang basikal dan kemalangan. Dia telah pengsan dan lututnya cedera. Kajol juga dikhabarkan hilang ingatan buat seketika selepas kejadian itu.

Rani Mukerji telah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik untuk watak Tina ketika berusia 19 tahun di Anugerah Filmfare.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : JomBaca via SoyaLemon


Apa Kata Anda?