Selepas 6 Bulan Kenal, Shenty Feliziana & Reuben Elishama Nikah 13 April Ini

Pelakon dan pengacara, Shenty Feliziana mengesahkan bakal bernikah dengan pelakon Indonesia, Reuben Elishama pada 13 April ini.

Shenty Feliziana, 29, bakal melangsungkan majlis pernikahann di negara kelahirannya, Singapura.

“Insha-Allah majlis pernikahan kami bakal berlangsung 13 April ini di kediaman keluarga saya di Singapura diikuti majlis resepsi keesokan hari.

“Sementara majlis sebelah lelaki pula dijangka berlangsung di Bali, Indonesia pada penghujung April,” katanya.

Shenty ditemui ketika sesi temubual bersama pelakon-pelakon supertelemovie, Do[s]a di Hotel Nouvelle petang Rabu.

Menurut Shenty hubungan percintaan mereka berlangsung agak singkat iaitu enam bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Kami mula saling mengenali ketika sama-sama menjalani penggambaran supertelemovie Do[s]a pada Jun 2017.

“Namun ketika penggambaran kami belum menjalinkan hubungan cinta dan hanya berkawan sebagai pelakon sahaja.

“Namun selepas penggambaran, Reuben meluahkan perasaannya dan kami mula berlawan rapat.

“Reuben menunjukkan kesungguhan dalam hubungan kami apabila menghantar rombongan merisik dan kami bertunang pada 25 November tahun lalu,” katanya.

Reuben, 40, merupakan seorang duda yang mempunyai anak berusia 17 tahun.

Shenty bakal menetap di Indonesia selepas berkahwin.

Pasangan ini balal muncul dalam Do[s]a di platform digital ‘on demand’ dan Astro GO serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First (saluran 480) serta platform NJOI mulai 14 Februari ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Sumber; Gempak


Apa Kata Anda?

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Sama Cantik Sama Padan !! Selepas 6 Bulan Kenal, Shenty Feliziana & Reuben Elishama Nikah 13 April Ini - Muka Buku Viral
  2. Sama Cantik Sama Padan !! Selepas 6 Bulan Kenal, Shenty Feliziana & Reuben Elishama Nikah 13 April Ini - Darling Suhana

Comments are closed.