Selepas Izara Aishah, giliran Sweet Qismina pula tayang bakat menari Bollywood

Beberapa minggu lepas, bakat Izara Aishah dalam bidang tarian telah ‘membuka mata’ masyarakat apabila kelincahan beliau menari tarian Bollywood dengan penuh bertenaga di dalam sebuah majlis keramaian.

Terbaru, pelakon remaja, Sweet Qismina pula telah menonjolkan bakatnya dalm bidang tarian melalui sebuah program realiti, Drop The Beat yang bersiaran di ntv7. Aksi kelincahannya itu telah mendapat respon yang baik dari netizen kerana beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, tetapi juga berkebolehan dalam bidang tarian.

Aksi bertenaga Sweet menari tarian Bollywood.

Video yang telah dimuat naik oleh Sweet itu telah mendapat hampir 20,000 likes dan rata-rata netizen suka akan persembahannya itu.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina telah menceburi industri hiburan sejak berusia 10 tahun dan mula dikenali menerusi drama Hikayat Putra Syazlan. Beliau juga sering berkongsi gambar di akaun Instagramnya yang kini mencecah 549,000 orang pengikut.

Lunch! ????????‍♀️ Showing my imperfection flaws naked face today. Yes, for the first time EVER in my life, more than a month I’ve been having allergies that caused rashes and almost got cyst acne ( those who tengok my IG Stories I pernah complained about my skin ) I had no confident and had to hide with make up because takut apa orang cakap & kutuk. Shout out to those people who’s having severe acne or flaws but still managed to unleash their beauty side with full confidence! Sis tabik spring! My mum was and still worry about my face ( that makes her membebel but so caring for 24/7 hehe ) & im currently on medication, taking care on my health and others from A-Z, & trying my best to get my skin back to normal. Nangis tu nangis jugak but you know, patience is the key guys✌????#fqs #pecallelesinisedapguys #shouldtry

A post shared by ???? فرهنا قيسمينا سوڤندي ???? (@sweetqismina) on

 

Sumber: Ohmymedia


Apa Kata Anda?