“Semua orang dia panggil daddy…” – Sebulan terpisah, video Yusuf Iskandar jumpa bapa buat netizen sebak

Setelah sebulan tidak berjumpa, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha mengakui anak mereka, Yusuf Iskandar sangat merindui bapanya, pelakon Hairul Azreen yang terlibat dengan penggambaran filem Pasukan Khas Laut (PASKAL) di Sabah.

Terbaru, menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagram Yusof, kelihatan ibunya membawa kanak-kanak comel itu untuk berjumpa bapanya di lapangan terbang di negeri tersebut setelah sekian lama menanggung rindu.

Thank You mommy susah2 jauh bawa anak untuk daddy

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Video berdurasi kurang seminit itu membuatkan netizen tersentuh hati yang rata-rata terharu dengan detik pertemuan antara pasangan keluarga berkenaan setelah sebulan berpisah kerana ramai tahu keakraban hubungan Yusuf dan bapanya yang sangat rapat.

Sweetnya!

Sebaknya!

Mata masuk habuk!

Menurut laporan Harian Metro, akibat terlalu rindu, Yusuf yang akan mencecah usia dua tahun pada Jun ini telah memanggil semua orang yang ditemui dengan panggilan ‘daddy’.

Hanis berkata, walaupun mereka menggunakan aplikasi ‘face time’ setiap hari ternyata ia tidak cukup untuk menghilangkan rindu Yusuf pada bapanya.

Sumber : Yusuf Iskandar

 
Kredit; Ohmymedia
 
 


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. “Semua orang dia panggil daddy…” – Sebulan terpisah, video Yusuf Iskandar jumpa bapa buat netizen sebak – Berita Vral – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.