[FOTO&VIDEO] Ini 10 Senarai Keluarga Selebriti Dan Personaliti Yang Turut Genggam Ijazah Di Pentas Konvokesyen!

Musim Hari Konvokesyen. Sana-sini kelihatan ramai graduan dan ahli keluarga yang meraikan hari kejayaan mereka. Tidak ketinggalan, 10 individu yang terdiri daripada selebriti, personaliti dan ahli keluarga mereka turut berkongsi kegembiraan dan kejayaan menerusi akan Instagram mereka. Ada yang meraih Ijazah Sarja Muda sehinggalah PhD. Tahniah diucapkan! Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada yang lain.

1) SUFIAN SUHAIMI

Selepas berjuang tahun demi tahun demi melunaskan tanggung jawabnya sebagai seorang pelajar dan pada sama berperanan sebagai seorang artis, akhirnya Sufian telah menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

2) NAIM DANIEL

Naim Daniel yang melanjutkan pelajaran di Fakulti Muzik turut menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-89.

Kelihatan kakak Daniel turut mengenakan jubah kepunyaan Daniel dan memuat naik kapsyen yang mengatakan mereka bertukar jubah konvo. Sweet sangat pasangan adik-beradik ini.

 

3) DIA FADILLA

Dia Fadilla atau nama sebenarnya Nur Fardilla Nadia Abu Bakar, 34 tahun berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik (Pusat Kebudayaan) sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-58 di Dewan Tunku Canselor, DTC

 

4) USTAZAH NORHAFIZAH MUSA

Ustazah Norhafizah Musa, pendakwah dan panel program radio dan tv telah berjaya memperoleh PhD dalam bidang Psikoterapi Islam pada majlis Konvokesyen Universiti Malaya (UM). Wow! 

Kelihatan Pencetus Ummah (PU) Amin turut memuatnaik gambar Ustazah di Instagramnya untuk mengucapkan tahniah.

5) NIYA (anak gadis Didie Alias)

Nur Dhaniyah Mohd Ridzun, 25, atau lebih mesra disapa Niya, baru saja menerima ijazah Bachelor of Multimedia Technology (Hons) in Interactive Multimedia Design (2014-2017) pada Majlis Konvokesyen UniKL 2018. 

Menerusi Instagramnya, Niya turut mengucapkan terima kasih kepada semua atas kejayaannya pada hari ini.

6) HANNA FARESHA  (anak gadis Fauzi Nawawi dan Lisdawati)

“No man is an island. Thank you everyone,” kata Hanna Faresha, anak gadis kepada pasangan selebriti Fauzi Nawawi dan Lisdawati menerusi akaun Instagramnya. 

Lisdawati turut mengucapkan tahniah kepada Hanna Faresha menerusi akaun Instagramnya. “Congratulations dear @hannafaresha. Mama sentiasa doakan terbaik untuk semua anak-anak mama. Semoga tercapai impianmu nanti”. 

7) Ibu PU RAHMAT“Tahniah mama Konvo Peringkat Master Lepas ni master pulakk hahaha” Itu ucapan PU Rahmat pada ibunya yang dimuatnaik menerusi akaun instagramnya. 

8) PANDELELA RINONG

Atlet terjun negara, Pandelela Rinong Anak Pamg, 25, menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan sempena majlis Konvokesyen Universiti Malaya (UM)

9) FITRI SAARI 

Atlet hoki negara, Mohammad Fitri Saari, 25, turut menerima menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan sempena majlis Konvokesyen Universiti Malaya (UM). 

10) SISSY IMAN

Sissy Iman, 22, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kelas Pertama pada majlis konvokesyen Ogos lalu. Dia mencatat keputusan cemerlang dalam bidang Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dengan himpunan purata nilai gred (CGPA) 3.85. 

 

Ada lagi selebriti ke pentas konvokesyen baru-baru ini?  

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Kampusuols via IslamikInfo


Apa Kata Anda?