Senarai Lagu Duet & Battle Bintang GV5 Di Final Malam Ini!

Malam ini, enam finalis konsert akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) bakal berentap untuk merebut takhta juara.

Mereka ialah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Zamani, Maya dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi konsert separuh akhir, pasangan hos Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan senarai lagu tugasan yang bakal didendangkan mereka.

Membawa tema duet dan ‘battle’, para finalis akhir ini telah diberi cabaran untuk menyampaikan dua buah lagu.

Buat julung kalinya dalam sejarah, peserta dikehendaki membawakan lagu duet bersama artis jemputan di konsert kemuncak.

Manakala untuk persembahan kedua, mereka dicabar untuk menyanyikan lagu di luar lingkungan zon selesa masing-masing.

Berikut lagu tugasan konsert akhir GV5:

senarai lagu tugasan konsert akhir gegar vaganza 5 2

Lagu Duet

1. Noryn Aziz & Awi Rafael – Laskar Cinta (Dewa 19)

2. Amelina & Bob – The Power Of Love (Celine Dion)

3. Dia Fadila & Ajai – Makin Aku Cinta (Anang & Kris Dayanti)

4. Maya & Ernie Zakri – Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor)

5. Zamani & Ameng – Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M.Nasir)

6. Billy Zulkarnain & Idayu – Curiga (Ning Baizura)

Lagu ‘Battle’

1. Where Is the Love (The Black Eyed Peas) – Noryn Aziz vs Dia Fadila

2. Teman Pengganti (Black & Malique) – Amelina vs Maya

3. Bunga (Altimet) – Billy Zulkarnain vs Zamani

Konsert akhir GV5 bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), serta dikeudarakan secara langsung di saluran Astro Ria pada 18 November, jam 9 malam.

Keputusan diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim, serta juri undangan.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal menerima ganjaran wang tunai RM100,000, manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk pemenang ketiga.

Diikuti tangga keempat, kelima dan keenam mendapat habuan wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000. Kesemua mereka juga akan dikurniakan trofi.

Sementara itu berikut adalah komen daripada pengamal media yang sempat mengulas tentang siapa pilihan mereka yang akan menjuarai Gegar Vaganza 5

Rata-rata mereka memilih Noryn Aziz dan Amelina. Kenapa ya? Apa kelebihan kedua-dua peserta ini berbanding yang lain?

1) ROSLI MANAH (Gondang Online): “Saya meramalkan Noryn Aziz sebagai Juara GV5. Saya tidak menafikan kehebatan dan keistimewaan para peserta lain, tetapi Noryn Aziz paling meyetlah dan konsisten setiap konsert mingguan.”

2) SUDIRMAN (Harian Metro): “Sudah tentu saya pilih Noryn Aziz. Berbanding para peserta lain, saya nampak kelebihan Noryn.

“Dia mempunyai kualiti suara dan persembahan yang lain daripada yang lain. Dalam masa sama, Noryn sudah buktikan persembahan mingguan yang konsisten dengan menampilkan mutu vokal terbaik dalam setiap lagu”

3) FIZA (Rojak Daily): “Kalau ikut keikhlasan hati, saya pilih Noryn Aziz atau Maya sebagai juara GV5.

“Tapi kalau dilihat dari sudut komersial, saya ramal Amelina akan jadi juara. Kalau ikutkan ketiga-tiga pilihan saya ini konsisten dalam persembahan dan vokal masing-masing padu!

“Apa-apa pun pelbagai kejutan boleh berlaku.”

4) IKA MAZLAN (Media Hiburan): “Semua peserta hebat, namun potensi Juara GV5 ini saya nampak pada Noryn Aziz.

“Dia mempunyai keupayaan vokal yang baik dan boleh nyanyi pelbagai genre lagu. Kita pun jarang tengok dia nyanyi lagu genre lain.

“Jadi GV5 membuka mata peminat sekaligus membuktikan Noryn boleh bawa lagu genre lain, selain Jazz dan R&B. Bercakap pasal showmanship, dia memang bagus.”

5) AFIL SYAZWAN (Harian Metro): “Dari awal lagi saya nampak Noryn berpotensi menjadi Juara GV5 malam esok.

“Boleh kata hampir setiap minggu persembahannya memang mengagumkan! Tak dinafikan, ada minggu markahnya jatuh, biasalah persembahan live kan.

“Namun, jika dikira sepanjang GV5 ini, keseluruhannya sangat bagus berbanding para peserta lain.”

6) AYDA KAMARUDDIN (Hiburan Utusan Malaysia): “Saya memilih Amelina sebagai Juara GV5. Pakej dan ciri-ciri komersial yang ada padanya melayakkannya menjadi juara. Namun, terpulanglah juga kepada soal rezeki.

7) FAIROZ (Berita Harian) :” Pilihan saya adalah Kak Long (panggilan untuk Amelina) sebagai Juara GV5.

” Dari minggu ke minggu, nampak perubahan positif dalam persembahan dan gaya nyanyiannya.

“Kak long nampak lebih berani mencuba pelbagai genre walaupun kita tahu kekuatan dia adalah dangdut, tetapi dia tak pernah jadikan genre lain itu kelemahan dia.”

8) ASYIKIN (Mstar Online):”Saya pilih Amelina. Dia sememangnya boleh menyayikan pelbagai jenis lagu. Dalam masa yang sama, saya dapat rasakan semangat peminat setia adalah kekuatan buat Amelina.”

9) HAFIZ (Rotikaya): “Saya pilih Noryn Aziz. Persembahan dia agak konsisten dan dia kurang ‘drama’ dan nampak fokus. Lagi pun kehebatan suaranya tidak boleh dipertikaikan lagi. Insya Allah dia boleh jadi juara.

10) PADIN (Astro Gempak): “Saya ramal Noryn Aziz sebagai Juara GV5. Tak dinafikan, semua finalis hebat, tapi Noryn paling konsisten antara semua.

“Dalam masa yang sama,kehebatan suaranya sangat terserlah”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: mstar via Newscoviral


Apa Kata Anda?