Sering diejek rakan kerana juling, Datin Shahida bawa anak sulung bedah mata

Walaupun baru sahaja mendapat cahaya mata lelaki pada 25 Jun lalu, namun kasih sayang isteri kepada usahawan komestik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida terhadap anak-anaknya yang lain tidak pernah pudar.

Terbaru, beliau membawa anak sulungnya, Ammar Ahyan ke sebuah pusat perubatan swasta bagi melakukan pembedahan pada mata kerana kelihatan sedikit juling sejak dari kecil dengan berkongsi beberapa posting di laman Instagram miliknya.

Makin besar makin ketara…

“Pagi ni bawa @ammar_ahyan ada buat operation mata sebab mata dia sebelum ni juling sikit. Dulu waktu baby dah nampak mata dia macam juling sikit tapi ingat juling2 air gitu tapi makin besar makin ketara.

“Alhamdulillah dengan kecanggihan teknologi perubatan zaman sekarang mata juling boleh dibetulkan. Kita kena bawa Yusoff je tapi yang lagi dua tu sibuk nak ikut juga. Terpaksa la angkut sekali. Tidak 10 minit sekali telefon berbunyi kenapa tak bawa dorang,” tulisnya.

mama dapat temankan sampai @ammar_ahyan ditidurkan je…..kesian pula dia tadi nangis sbb takut…asyik tanya je doktor ada x yg buat salah mama? saya jawab ammar doa je banyak2 Insya Allah tak ada apa2… . Kadang2 rasa kesian dgn dia sbb anak sulung selalu kena marah,selalu kena mengalah dgn adik2…mungkin banyak benar berjauh hatinya…tapi itulah kan istimewanya jadi anak yg sulung????????

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Beliau juga turut meluahkan rasa kasihan terhadap anaknya yang berusia 10 tahun itu kerana sering dimarahi dan perlu mengalah setiap kali bersama adik-beradik yang lain.

Istimewa jadi anak sulung…

“Mama dapat temankan sampai @ammar_ahyan ditidurkan je. Kesian pula dia tadi nangis sebab takut. Asyik tanya je doktor ada tak yang buat salah mama? Saya jawab Ammar doa je banyak2 insya-Allah tak ada apa2.

“Kadang2 rasa kesian dengan dia sebab anak sulung selalu kena marah, selalu kena mengalah dengan adik2. Mungkin banyak benar berjauh hatinya. Tapi itulah kan istimewanya jadi anak yang sulung????????, “ katanya.

VIDEO:

Selalu kena ejek…

“Bila Ammar tanya ada doa tak mama supaya tak sakit. Mama bagi doa yang selalu mama baca setiap kali sakit bersalin je lah????

“Lailaha ila anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin.

“Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri (Surah Al-Anbiya’ : 87).

“Semoga Ammar cepat sembuh mata. Dia selalu mengadu dulu kawan2 selalu ejek mata dia. Insya-Allah lepas ni dah tak ada orang ejek lagi ya,” ujarnya lagi.

Sumber : Nur Shahida / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady


Apa Kata Anda?