[FOTO & VIDEO] Sering Kali Dilaga-lagakan ‘Makcik Bawang’ Di Media Sosial, Lara & Aaisyah Akhirnya Bersemuka!

Kecomelan anak pelakon Rozita Che Wan dan Scha al-Yahya sering mendapat perhatian netizen. Apa tidaknya, pengikut laman Instagram Laraalana mencapai 3.3 juta dan Aaisyahdhiarana pula mempunyai pengikut seramai 1.1 juta.

Sering kali menjadi mangsa perbandingan netizen di Instagram, maka tidak hairanlah kedua-dua gadis cilik ini diibaratkan seperti ‘seteru’ di laman-laman media sosial.

Namun segala desas-desus itu terjawab, setelah kedua-dua mereka bersemuka dalam satu photoshoot oleh majalah InTrend, dan nyata kecomelan mereka berdua terserlah dalam photoshoot itu dengan gaun berwarna biru dan merah jambu yang dikenakan oleh mereka.

Namun kapsyen yang dimuat naik di akaun Instagram Laraalana yang berbunyi,

“This is for makcik bawang yang selalu banding-bandingkan kanak kanak, laga laga kan kitorang, we are nothing but pure hearts. It was nice meeting you just now @aaisyahdhiarana111 and you’re so beautiful.”

ditujukan kepada golongan netizen yang suka membandingkan Lara dan Aaisyah.

Kapsyen itu nyata mendapat pelbagai respons daripada netizen. Ada yang turut bersetuju bahawa mereka berdua tidak patut dibandingkan-bandingkan kerana mereka masih kanak-kanak dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dari segi kecantikan dan kecerdikan.

Ada pula netizen yang suka melihat keakraban Lara dan Aaisyah yang dianggap seperti kakak dan adik. Netizen juga berharap supaya mereka berdua berkawan baik sehingga dewasa. Foto yang dimuat naik sejak pagi ini, mendapat hit Like sebanyak 200,230 sehingga petang ini.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Instagram Lara Alana via SoyaLemon


Apa Kata Anda?